Tanzanite Jewellery

TANZANITE

Tanzanite ialah batu permata zoisite biru yang mengandungi vanadium dan terdiri daripada kalsium aluminium silikat.

CINCIN pertunangan TANZANITE

CINCIN pertunangan
TANZANITE

CADANGAN PRODUK UNTUK ANDA
boderTEROKAI LAGI

TANZANITE

Tanzanite ialah batu permata zoisite biru yang mengandungi vanadium dan terdiri daripada kalsium aluminium silikat. Ia dijumpai pertama kali pada tahun 1967 di pengembala Masai di Bukit Merelani berdekatan dengan Arusha di utara Tanzania, Afrika. Batuan yang tersembunyi dari pandangan mata,dihasilkan jutaan tahun dahulu oleh metamorphic schists, gneisses dan quartzites. Pada awalnya, ia dinamakan “ zoisite biru” - tetapi ditukar tidak lama selepas itu kerana bunyinya dekat dengan perkataan English 'suicide'. Tanzania,tempat batu tersebut dijumpai dijadikan sebagai namanya. Apa yang membuatkan Tanzaniteistimewa dan unik adalah kerana ia hanya ada di satu tempat sahaja diseluruh dunia. Tambahan pula, warna biru dalamnya merupakan ciri lain yang membezakannya dengan permata lain;warnanya bermula dari biru ultramarine ke biru violet cerah dan ia mempunyai struktur polykromatik yang bermakna batuan tersebut mungkin kelihatan biru,unggu atau coklat kekuningan bergantung kepada sudut anda melihatnya. Ia diraikan oleh pakar 'batu permata abad ke 20' dan telah menjadi batuan yang paling terkenal. Walaupun proses pemberian makna kepada batu tersebut masih belum disimpulkan, ianya nyata bahawa ia melambangkan kerapian,tetapi elegan dan melambangkan kecantikan yang berkekalan dan berkeyakinan.

Glamira menggabungkan kecantikan yang baru ditemui ini dengan rekaan yang unik untuk menyerlahkan barang kemas tanzanite. Walaupun setiap tukang kemas mungkin mencipta kriteria kualiti mereka sendiri untuk menerangkan kualiti tanzanite, tiada skala piawaian yang wujud untuknya. Glamira menjamin permata Tanzanite yang dibekalkan adalah berkualiti tinggi Anda boleh mengkhaskan sebarang seleksi tanzanite untuk membawa keunikan cincin tanzanite, rantai leher , anting-anting tanzanite dan manset. Tanzanite akan memberikan warnanya yang menyerlah kepada anda dalam bentuk rantai leher tanzanite supaya anda boleh menggariskan kecantikan dan gaya anda. Glamira membawa rekaan yang moden dan unik pereka Glamira dan idea untuk memiliki sesuatu yang istimewa bersama-sama. Warna potongan tanzanite yang hampir magis akan sesuai hanya dengan anda dan kecantikan anda!