Loading...

POLISI PEMULANGAN DAN WARANTI

Kami komited untuk memberikan kepuasan 100% kepada para pelanggan dengan menyampaikan produk-produk berkualiti tinggi kepada semua pelanggan GLAMIRA. Sekiranya terdapat sebarang sebab yang membuatkan anda tidak berpuas hati dengan pembelian tersebut, anda boleh memulangkan barangan anda yang diukir atau tidak diukir dalam keadaan yang asal dalam masa 60 hari selepas pesanan anda dihantar, dengan syarat barangan anda memenuhi syarat-syarat pemulangan kami.

Pembayaran balik untuk produk yang diukir hanya tersedia untuk item yang dibeli bermula pada 21 Ogos 2020. Sila rujuk bahagian Pengeluaran (Bayaran Balik) di bawah untuk butiran lanjut.

Sila baca halaman ini dengan teliti sebelum memulangkan barangan anda.

*Notis Penting: Barangan yang diukir hanya boleh dipulangkan untuk menerima kredit simpanan dan bukan pembayaran semula wang. Kredit simpanan akan membolehkan anda untuk membuat pesanan yang baru daripada GLAMIRA dengan jumlah yang sama dengan pembelian asal anda. Barangan yang tidak diukir boleh dipulangkan untuk pembayaran semula atau kredit simpanan mengikut pilihan anda.

WARANTI

Barangan kemas GLAMIRA dihasilkan dengan berhati-hati dan menggunakan bahan berkualiti, yang menyebabkan kami mampu berdiri dengan yakin di belakang produk-produk kami dengan pemulangan dan polisi waranti yang baik.

Semua produk GLAMIRA disertakan dengan Waranti Penghasilan Seumur Hidup secara percuma. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penghasilan, GLAMIRA dengan senang hati akan membaiki barangan anda secara percuma, asalkan barangan anda memenuhi syarat-syarat untuk waranti seumur hidup tersebut.

Segala permintaan untuk membaiki adalah tertakluk kepada pemeriksaan oleh Kumpulan Jaminan Kualiti kami sebelum permintaan tersebut diproses. Sekiranya Kumpulan Jaminan Kualiti kami mendapati bahawa kerosakan tersebut bukan disebabkan oleh kesilapan penghasilan, kami akan memaklumkannya kepada anda dan akan memberitahu jika terdapat sebarang perkhidmatan membaiki di GLAMIRA atau sebaliknya.

Waranti Seumur Hidup percuma hanya tersedia untuk produk-produk yang dibeli bermula pada 1 Jun 2017. Untuk produk yang dibeli sebelum tarikh ini, waranti selama 2 tahun akan kekal bermula daripada penghantaran pesanan tersebut.

Terma dan Syarat untuk Waranti Seumur Hidup dan Pembaikan

1. Waranti tersebut hanya layak untuk kesilapan penghasilan dan tidak meliputi perubahan bentuk atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kecuaian, perkhidmatan yang tidak diluluskan atau sebarang kerosakan biasa.

2. Waranti akan terbatal sekiranya barangan tersebut telah diubah suai dalam apa-apa cara termasuk mengukir, menukar saiz atau dibaiki oleh pihak ketiga seperti tukang emas yang lain atau sesiapa sahaja selain daripada GLAMIRA.

3. Sekiranya sebahagian dari barang kemas (termasuk tetapi tidak dihadkan kepada permata, rantai, klip dll) terjatuh, ia perlu dipulangkan bersama-sama bahagian yang lain sebelum sebarang cubaan untuk membaiki dilaksanakan. GLAMIRA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan bahagian barangan atau permata.

4. Waranti seumur hidup tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga.

Waranti penghasilan tidak akan meliputi perkara berikut:

  • Pudaran warna disebabkan oleh terdedah kepada bahan kimia, alat solek, kolam mandi, tab panas atau mandian.
  • Calar, penyek atau leper yang disebabkan oleh penggunaan umum atau penyalahgunaan.
  • Bengkok, tersangkut atau keusangan prong menyebabkan batuan untuk jatuh atau hilang disebabkan oleh kecuaian atau kerosakan lain.
  • Batuan yang hilang atau dicuri
  • Barangan yang telah disalahguna atau usang secara tidak dijangka yang disebabkan oleh penggunaan harian yang normal.

Sila ambil perhatian bahawa isu-isu berikut adalah ciri-ciri barangan dan tidak boleh diambil kira sebagai kesilapan:

  • Sedikit ketidakrataan dan kepelbagaian dalam tukangan
  • Ciri-ciri semulajadi bahan logam atau batu permata tersebut (seperti warna, ciri dalaman..dsb)

PEMULANGAN

Anda boleh memulangkan barangan anda kepada GLAMIRA sama ada untuk menerima pembayaran semula, menukar saiz, mengukir atau permintaan untuk membaiki.

Untuk proses pemulangan yang cepat dan mudah, sila pastikan anda memilih sebab pemulangan yang betul dan isikan semua bahagian yang penting dalam borang tersebut. Permintaan pemulangan anda tidak akan diproses tanpa maklumat yang diminta.

Sebuah e-mel pengesahan termasuk alamat pemulangan dan salinan borang yang telah anda isi akan dihantar kepada alamat e-mel anda selepas anda menghantar borang pemulangan tersebut. Sila cetak dan sertakan borang ini di dalam bungkusan pemulangan anda.

Sila bungkus barangan anda dengan selamat sebelum penghantaran. Kami cadangkan untuk menghantar barangan anda melalui cara penghantaran yang diinsuranskan dan boleh dijejaki. GLAMIRA tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kehilangan barangan dalam transit.

Harga penghantaran pemulangan tidak akan ditanggung oleh GLAMIRA dan akan kekal sebagai tanggungjawab pelanggan.

Sebaik sahaja kami menerima pemulangan anda, ia akan mengambil sehingga 2 - 4 hari bekerja untuk kami memproses permintaan pemulangan anda. Sila ambil perhatian bahawa semua pemulangan adalah tertakluk kepada pemeriksaan oleh Kumpulan Jaminan Kualiti kami sebelum permintaan pemulangan akan diproses dan caj tambahan mungkin akan dikenakan bergantung kepada arahan pemulangan anda. Selepas barangan tersebut diperiksa, sekiranya caj dikenakan, anda akan dimaklumkan sebelum sebarang pekerjaan dilaksanakan untuk memproses permintaan anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi servis khidmat pelanggan kami melalui e-mel di service@glamira.com.my. Mereka dengan senang hati akan membantu anda.

Sila baca maklumat di bawah dengan teliti sebelum memulangkan barangan anda untuk pembayaran semula, ukiran, penukaran saiz atau permintaan pembaikan.

Pengeluaran (Pembayaran Semula)

Pemulangan anda hendaklah memenuhi segala syarat di bawah bagi kelayakan menerima pembayaran semula sepenuhnya:

  • Barangan tidak dipakai dan tiada tanda-tanda penggunaan termasuklah tetapi tidak dihadkan kepada calar, penyek, kotor atau kerosakan lain.
  • Cap meterai produk asal masih dibalut dan tidak dilucutkan. (Semua produk yang tidak diukir atau diukir perlu dihantar dengan tag tali hitam yang tergantung bersama mereka. Sila pastikan ianya tidak dialihkan).
  • Bungkusan pemulangan anda hendaklah termasuk semua barangan penting seperti kotak hadiah yang asli, sijil-sijil dan segala barang-barang promosi.
  • Produk tersebut tidak pernah ditukar saiz atau diubah sebelum ini.
  • Produk tersebut tidak termasuk pembelian berlian sebagai sebahagian daripada sijil GIA.
  • Produk tersebut telah dipulangkan ke GLAMIRA dalam masa 60 hari daripada penghantaran pesanan anda.

Kami akan kreditkan kembali pembayaran asal anda, tidak termasuk caj penghantaran. Sila ambil perhatian bahawa ia akan mengambil sehingga 10 hari bekerja untuk dana tersebut muncul di akaun anda bergantung kepada bank anda atau pengeluar kad.

*Notis Penting: Barangan yang diukir hanya boleh dipulangkan untuk menerima kredit simpanan dan bukan pembayaran semula wang. Kredit simpanan akan membolehkan anda untuk membuat pesanan yang baru daripada GLAMIRA dengan jumlah yang sama dengan pembelian asal anda. Barangan yang tidak diukir boleh dipulangkan untuk pembayaran semula atau kredit simpanan mengikut pilihan anda.

PENUKARAN SAIZ

GLAMIRA amat berbesar hati untuk menukar saiz cincin anda yang diukir atau tidak diukir sahaja dengan caj percuma dalam tempoh 60 hari pertama resit produk anda.

Sila ambil perhatian bahawa cincin hanya boleh ditukar saiz yang ada di dalam pilihan saiz yang disediakan.

Untuk memulangkan produk anda untuk ditukar saiz, isikan borang pemulangan pesanan dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah bahagian "PEMULANGAN" Sila pastikan bahawa anda menghantar produk anda untuk ditukar saiztanpa barangan penting seperti kotak hadiah atau sijil-sijil kerana ianya tidak akan dipulangkan selepas proses penukaran saiz

Sila elakkan daripada menukar saiz barangan anda dengan pihak ketiga seperti tukang emas yang lain atau orang lain selain GLAMIRA kerana ia akan membatalkan waranti seumur hidup anda.

Proses penukaran saiz boleh mengambil masa sehingga 25 hari bekerja bergantung kepada produk dan cincin yang telah ditukar saiz tidak layak untuk pembayaran semula.

Pembaikan

Untuk memulangkan produk anda untuk dibaiki, isikan borang pemulangan pesanan dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah bahagian "PEMULANGAN" Sila pastikan bahawa anda menghantar produk anda untuk dibaiki tanpa barangan penting seperti kotak hadiah atau sijil-sijil kerana ianya tidak akan dipulangkan selepas proses penukaran saiz

Sila ambil perhatian bahawa proses membaik pulih akan mengambil sehingga 25 hari bekerja bergantung kepada produk.