FAQ PEMBELIAN

Tidak, anda tidak perlu mempunyai akaun GLAMIRA untuk membuat pesanan, anda boleh memesan sebagai tetamu. Bagaimanapun, mempunyai akaun GLAMIRA ada banyak kebaikannya. Contohnya, ia memberikan anda peluang untuk menyunting atau membatalkan pesanan anda dalam masa 30 minit selepas anda membuat pesanan. Anda juga boleh mengelog masuk ke akaun anda pada bila-bila masa dan melihat status semasa pesanan anda dalam sejarah pesanan anda. Mendaftarkan akaun GLAMIRA adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada seminit.

GLAMIRA beroperasi secara dalam talian bagi mengelakkan banyak kos tak perlu sementara banyak peruncit dikenakan kos yang tinggi untuk beroperasi di dalam kedai. Anda boleh membaca Polisi Harga kami untuk lebih maklumat.

Jaminan seumur hidup menjamin yang kami akan menservis produk anda secara percuma untuk seumur hidup jika terdapat apa-apa kerosakan daripada pengilang. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lebih lanjut.

GLAMIRA beroperasi di seluruh dunia dengan kemunculan di 6 buah negara; AS, Australia, Jerman, Switzerland, Bulgaria dan Turki. Setiap pejabat kami didaftarkan dengan pihak berkuasa undang-undang dan komersial di negaranya. Kami merupakan syarikat bertapak dan kami bekerja secara berterusan untuk mengembangkan pejabat tempatan kami untuk memberikan pelanggan kami perkhidmatan yang lebih baik.

Laman web kami memberikan anda kawalan penuh terhadap mana-mana item barang kemas yang ingin anda beli. Kami mempunyai pelbagai pilihan untuk logam, batu permata, karat batu dan ciri-ciri produk lain seperti kelebaran, ketebalan, profil dan permukaan (kesudahan) bergantung kepada reka bentuk.

GLAMIRA mempunyai sepasukan besar pereka dalaman. Setiap reka bentuk dihasilkan oleh pereka berdedikasi GLAMIRA.

Setiap produk GLAMIRA direka khas dan dihasilkan berdasarkan pilihan pelanggan. Kami tidak bekerja dengan stok dan setiap produk perlu melalui proses penghasilan. Kami bekerja secara berterusan untuk memperbaiki masa penghasilan untuk memastikan kami menghantarkan produk kami secepat mungkin. Apabila anda memilih item di laman web kami, anda akan melihat tarikh anggaran penghantaran untuk produk tersebut. Jika anda mempunyai acara atau peristiwa istimewa yang akan datang, anda juga boleh memilih daripada pelbagai pilihan pengendalian dan penghantaran yang akan membantu anda menerima produk anda lebih cepat berbanding masa penghantaran standard.

Ya, anda boleh menyunting beberapa butiran pesanan anda (seperti saiz cincin, menambah atau membuang logo glamira dan ukiran peribadi) atau juga membatalkannya dalam masa 30 minit pertama selepas anda membuat pesanan. Anda perlu mengelog masuk ke akaun GLAMIRA anda terdahulu. Apabila anda telah mengelog masuk, anda boleh melawati halaman "Akaun Saya", lihat pesanan anda dan sunting atau batalkan pesanan anda. Penyuntingan atau pembatalan pesanan hanya boleh dilakukan oleh pelanggan, bukan oleh pasukan sokongan pelanggan.

Buat masa ini GLAMIRA hanya menjual dalam talian untuk memberikan anda pilihan pelbagai terbesar yang mungkin.

Kami tidak mempunyai mana-mana persetujuan komersial atau rakan B2B buat masa ini. Jika anda melihat produk GLAMIRA dijual oleh mana-mana penjual barang kemas lain, itu bermakna yang itu bukanlah produk GLAMIRA yang asli dan bukan bawah waranti kami.

Kami tidak menawarkan mana-mana produk demo tetapi kami menawarkan Polisi Pemulangan yang sangat fleksibel, jadi anda tidak perlu risau tentang membuat pesanan dan tidak menyukainya. Polisi Pemulangan kami memberikan anda peluang untuk memulangkan produk anda dalam masa 60 hari selepas penerimaan pesanan anda selagi mematuhi syarat pemulangan. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lanjut.

Jangan risau jika cincin anda tidak muat jari anda kerana anda boleh memulangkan cincin anda untuk mengubah saiz secara percuma dalam masa 60 hari pertama selepas penerimaan pesanan anda. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lanjut.

Kredit kedai sama seperti wang tunai di dalam dompet anda dan ia berpautan dengan akaun GLAMIRA anda. Ia membolehkan anda membeli barang kemas di kedai dalam talian GLAMIRA tanpa perlu memasukkan maklumat kad kredit anda atau maklumat pembayaran lain.

Kredit kedai GLAMIRA tiada tarikh luput, ia sah selagi anda mempunyai akaun GLAMIRA.

Kotak hadiah GLAMIRA hanya disediakan dengan pembelian dan tidak boleh dijual secara berasingan.

Jika produk yang anda ingin beli boleh diukir, anda akan melihat pilihan ukiran pada halaman produk.

Membeli di laman web GLAMIRA sama seperti mempunyai sebuah kedai barang kemas peribadi yang dikhaskan untuk anda. Ia sangat mudah untuk menengok-nengok mana-mana produk dan melihatnya dengan kombinasi logam dan batu permata pilihan anda. Kedai ini tersedia untuk anda 24jam/hari dan anda boleh mengaksesnya dengan selesa di rumah, pejabat atau cafe semasa anda berehat atau berborak dengan kawan-kawan.

Kedai dalam talian GLAMIRA menawarkan pelbagai cara pembayaran termasuk pasukan sokongan pelanggan yang mementingkan pelanggan yang akan membantu anda dengan apa-apa soalan. Lebih lagi, anda tidak perlu membuat apa-apa selain membuat bayaran dan menunggu bungkusan! Produk anda akan dihasilkan dengan berhati-hati hanya untuk anda dan dihantarkan ke pintu anda. Dan semua ini pada harga yang berpatutan dengan standard kualiti tertinggi. Ambil masa dan tengok-tengok produk kami untuk menerokai lebih banyak manfaat!

Jika anda menunggu e-mel pengesahan pesanan tetapi anda belum menerimanya, sila pastikan bayaran anda telah lepas dan anda telah melihat halaman pengesahan pesanan di laman web kami. Jika anda pasti transaksi telah berjaya, periksa folder spam anda untuk memastikan e-mel pen gesahan tidak disekat oleh inbox anda. Jika anda masih tidak dapat melihatnya, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami untuk bantuan. Jangan lupa untuk menambahkan kami ke senarai e-mel selamat anda, jika anda menggunakan tetapan keselamatan tinggi untuk inbox anda. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami dengan melawati pautan ini:https://www.glamira.com.my/contact/

Tidak, cincin kami tidak berongga di dalam. Produk kami padu dan dihasilkan berdasarkan ciri logam yang dipilih oleh pelanggan.

Kedai GLAMIRA berada di negara tertentu dan penghantaran ke negara lain adalah tidak mungkin disebabkan aturan penghantaran dan keperluan cukai. Jika anda ingin menghantarkan ke negara lain, anda mesti membuat pesanan di kedai GLAMIRA di negara berkenaan.

Cara terbaik untuk mengetahui saiz cincin anda adalah dengan memesan pengukur saiz cincin percuma di laman web kami. Pengukur saiz cincin merupakan alat plastik yang anda boleh pakai seperti cincin dan mengetahui saiz yang tepat. Anda boleh memesan ini dengan melawati mana-mana halaman cincin di laman web kami dan klik pilihan "Cari Saiz Cincin Anda". Sila periksa Panduan Saiz Cincin kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh melihat gambar produk degan imej 3Dnya di halaman produk. Anda juga boleh menatal ke bawah pada halaman produk untuk melihat jika terdapat mana-mana gambar yang dikongsikan oleh pelanggan kami untuk rujukan lanjut.

Jika anda merancang kejutan dan tidak pasti tentang saiz cincin, anda boleh sentiasa memesan saiz cincin sederhana dan memulangkannya kepada kami untuk menukar saiz dalam masa 60 hari pertama selepas penerimaan produk anda.

Saiz cincin sederhana berbeza antara L1/2-N untuk wanita dan S-T1/2 untuk lelaki. Sila periksa Panduan Saiz Cincin kami untuk maklumat lanjut.

Setiap produk GLAMIRA direka khas dan dihasilkan berdasarkan pilihan pelanggan. Kami tidak bekerja dengan stok dan setiap produk perlu melalui proses penghasilan. Inilah sebabnya kami meminta pelanggan kami untuk mengelakkan pembelian perbandingan dan hanya memesan item yang mereka suka. Sila ingat yang kami mempunyai polisi menukar saiz percuma selama 60 hari dan kami membuat yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan kami dengan produk yang mereka pilih. Jika anda perlu menukar saiz cincin atau anda tidak puas hati dengan produk anda, kami sedia membantu anda. Pesanan termasuk item pembelian perbandingan kemungkinan besar akan dibatalkan sebelum proses penghasilan.

Ya, anda boleh menyunting saiz cincin anda dalam masa 30 minit pertama selepas anda membuat pesanan. Anda perlu mengelog masuk ke akaun GLAMIRA anda terdahulu. Apabila anda telah mengelog masuk, anda boleh melawati halaman "Akaun Saya", lihat pesanan anda dan klik sunting. Ini hanya boleh dilakukan oleh pelanggan, bukan oleh pasukan sokongan pelanggan.

Memandangkan penghasilan dan sistem pemulangan kami adalah automatik sepenuhnya, kami tidak boleh menukarkan proses secara manual. Menukar saiz cincin hanya mungkin selepas anda memasukkan saiz cincin yang betul di borang pemulangan dalam talian kami dan menghantarkannya ke sistem kami. Sila tunggu sehingga anda menerima produk anda dan ikuti langkah menukar saiz. Sementara itu, anda juga boleh meminta pengukur saiz cincin percuma untuk memastikan saiz cincin baharu anda betul.

Baucer GLAMIRA hanya boleh diterima daripada kempen GLAMIRA di kedai dalam talian kami termasuk kempen surat berita dan akaun media sosial kami. Kami tidak bekerja dengan pihak ke-3 untuk apa-apa jenis baucer atau kod diskaun. Sila langgan surat berita kami dan ikuti kami di media sosial untuk mendengar tentang kempen promosi.

Anda boleh melanggan surat berita kami dan mengikuti kami di media sosial untuk memenangi baucer dan kod diskaun.

Apabila anda memasukkan produk ke dalam beg beli-belah anda dan terus ke daftar keluar, anda akan melihat ruang Kad Hadiah / Baucer di halaman cara pembayaran. Sila masukkan kod sebelum anda membuat bayaran dan pastikan diskaun telah diberikan. Diskaun tidak boleh diberikan selepas pesanan dibuat.

Apabila anda memasukkan produk ke dalam beg beli-belah anda dan terus ke daftar keluar, anda akan melihat pilihan untuk menggunakan kredit kedai anda di atas cara pembayaran. Sila ambil perhatian bahawa pilihan kredit kedai hanya muncul jika anda mempunyai kredit kedai di dalam akaun anda dan anda telah mengelog masuk dengan alamat e-mel yang betul yang berpautan dengan akaun GLAMIRA anda.

Tidak, buat masa ini kami tidak menawarkan katalog kerana anda boleh melihat dan mencipta banyak lagi kelainan produk di laman web kami. Semua reka bentuk kami dekat dengan anda seperti telefon bimbit anda.

Periksa yang semua ruang yang diperlukan telah diisi dengan betul. Alamat bil anda perlu dimasukkan betul-betul seperti di kenyataan bil anda. Jika anda terus mengalami kesukaran ketika membuat pesanan, Sila Hubungi Kami dengan segera.

Semua produk GLAMIRA dihantarkan bersama perakuan ketulenan. Berlian yang diakui GL menyatakan bahawa berlian yang digunakan untuk produk anda telah diperiksa dengan teliti dan dipilih oleh pakar gemologi dalaman kami. Berlian yang diakui GL dibekalkan oleh sumber beretika yang menggunakan prinsip Kimberley Process.

GIA bermaksud Institusi Gemologi Amerika Syarikat yang merupakan institut mengred berlian yang paling dikenali dan disegani di dunia. Kami menawarkan berlian yang diakui GIA dan GL. Kedua-dua perakuan menjamin ketulenan berlian yang digunakan pada produk anda. Satu-satunya perbezaan antara berlian yang diakui GIA dan berlian yang diakui GL ialah berlian yang diakui GL diberikan oleh ahli gemologi dalaman kami dan ia merupakan perkhidmatan yang termasuk dalam pembelian anda secara percuma. Perakuan GIA hanya boleh diberikan oleh GIA dan ini merupakan perkhidmatan berbayar. Sila lawati halaman Perakuan Berlian kami untuk maklumat lanjut mengenai pengredan berlian.

Ya, produk anda akan sama dengan yang anda lihat di halaman produk. Sila ingat yang anda zum masuk untuk melihat butiran produk di halaman produk dan produk kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar. Sila pastikan anda memeriksa dimensi produk untuk penggambaran yang tepat.

Tidak, ukiran tidak mengubah masa penghasilan.

Tidak, kami tidak menyimpan. Laman web kami adalah 100% selamat dan transaksi pembayaran anda adalah tersulit. Kami tidak menyimpan nombor kad kredit dan kata laluan anda. Sila lawati Polisi Keselamatan kami untuk maklumat lanjut.