Loading...

PANDUAN CINCIN PERTUNANGAN

PANDUAN CINCIN PERTUNANGAN

Berapa Banyak Perlu Saya Belanja?

Cincin Pertunangan dibeli sekali seumur hidup,jadi ianya sangat unik dan istimewa untuk pembeli dan penerima. Adakah anda mahu membelanjakan gaji 1 bulan, 2 bulan atau lebih? Kebenarannya ialah, bajet cincin pertunangan adalah sangat relatif dan tiada peraturan tetapi hanya mempunyai jangkaan yang berbeza. Pertama sekali, anda boleh mencipta bajet dan kemudiannya mengambil kira gayanya, citarasa dan personalitinya. Selepas menerokai rekaan,batuan dan pilihan logam, periksa harga dan cari alternatif gaya yang memberikan jumlah terdekat dengan harga yang telah anda fikirkan. Berlian selalunya merupakan pilihan terbaik dengan kekuatan dan ketahanan masa seumur hidupya, tetapi sudah tentu saja kerana ianya jarang ditemui dan unik,dan anda perlu ingat bahawa cincin pertunangan berlian akan menjadi satu klik di atas piawaian harga mereka. Situasi kewangan, jangkaan pasangan dan erti cincin tersebut adalah faktor-faktor penting yang perlu anda fokuskan. Selepas perancangan bajet, terokai gaya dan carilah bentuk yang paling sesuai dengan mengambil kira gaya individunya. Tidak kira berapa harganya, jika anda sudah membuat keputusan tentang harga yang diingini, memilih rekaan terbaik ialah satu-satunya isu yang tinggal. Anda perlu memastikan bahawa anda akan mendapat apa yang dia mahukan dan apa yang anda mampu. Oleh itu, daripada mengelilingi diri anda dengan mitos, dengarlah suara dalaman anda dan carilah cincin pertunangan terbaik untuk insan tersayang anda yang akan membahagiakan anda untuk selamanya.

Logam Yang Manakah Perlu Dipilih?

ENGAGEMENT RING GUIDE

Ini adalah pilihan peribadi kerana setiap wanita mempunyai gaya yang berbeza jadi apa yang perlu anda lakukan ialah ketahui citarasa si dia dan ambil perhatian tentang rekaan dan warna barang kemasnya. Jika dia peminat klasik, emas kuning mungkin menjadi pilihan yang tepat. Selain itu, jika dia menyukai rekaan kontemporari, emas putih amat sesuai untuknya. Platinum juga pilihan yang bijak jika si dia memakai cincin setiap hari dan mempunyai gaya hidup aktif. Paladium akan sesuai dengan perasaanya dan beratnya yang ringan. Jika si dia seorang puteri yang romantis, tona kehangatan merah jambu emas ros akan membahagiakannya.

Gaya Manakah yang Patut Saya Pilih?

Gaya Manakah yang Patut Saya Pilih? (Kami tidak mencadangkan solitar klasik. Kami akan melihat semua gaya unik seperti batuan berturap,halo..dsb) Gaya cincin menujukkan citarasa peribadi anda sebagai bukti fizikal gaya anda yang unik dan kerana sebab ini setiap pereka barang kemas dan jenama tahu kepentingan untuk mempunyai pilihan yang luas untuk pelbagai rupa.

Solitaire Pave

Turap Solitar: Jika anda merupakan peminat klasik dan minimal,gaya yang mudah dan bersinar solitar turap akan sesuai dengan anda. Bebiji logam yang kecil dan prong akan menambahkan keserian batuan dan menyerlah sisi batuan dengan sempurna. Anda boleh memiliki gaya moden atau vintaj mengikut citarasa anda dengan turap solitar.

Lihat Gaya Cincin Turap Solitar  
Halo

Halo: Adakah anda mengikut gaya terkini dan merupakan peminat fesyen, tetapi masih mengekalkan kehalusan? Gaya halo perlu menjadi pilihan anda. Rekaan halo mencipta penampilan batuan di tengah-tengah dan meningkatkan kehebatan dengan batuan lama.

Lihat Gaya Cincin Halo 
Flower

Bunga : Adakah anda menyukai model bungaan yang elegan dan cantik, tetapi juga meminati rekaan yang akan menarik perhatian? Koleksi bungaan membantu anda mendapatkan rupa yang unik dengan pelbagai dimensi. Jika anda mempunyai jari yang kecil dan elegan, model yang lembut menggambarkan rupa yang gemalai.

Lihat Gaya Cincin Bunga  
Exclusive

Eksklusif : Jika anda sukakan cabaran, kreatif dan sukakan kebebasan, koleksi eksklusif akan memenuhi jangkaan anda. Kami tahu bahawa kecantikan terdiri daripada ketelitian, dan kehalusan rekaan yang akan membantu menunjukkan kehebatan batuan di tengah.

Lihat Gaya Cincin Eksklusif  
Ketegangan

Ketegangan: Jika moden dan kotemporari ialah penerangan gaya anda, rupa yang unik dan refleksi cahaya yang indah dalam rekaan ketegangan dengan logam minimal disekeliling amat sesuai dengan anda.

Lihat Gaya Cincin Ketegangan  
3 & 5 Stones

3 & 5 Batu: Gaya cincin pertunangan 3 batu ialah simbol masa silam,masa kini dan masa depan anda, jadi ia adalah mesej yang berharga dan berpanjangan. Batuan lama boleh hadir dalam bentuk yang sama atau lebih kecil daripada batuan tengah. Jika anda sukakan model bersinar, cincin 5 batu mungkin menjadi pilihan anda dengan rekaan kehebatan maksima dan refleksi cahaya yang menarik.

Lihat Gaya Cincin 3 & 5 Batu 
Batu Sisi

Batu Sisi : Adakah semua yang anda mahukan ialah lebih bersinar dan berkilau? Jika anda suka menjadi bintang dan suka menarik perhatian disekeliling anda, ini adalah pilihan batu sisi untuk anda. Rupanya yang menarik perhatian akan membawa mata-mata ke arah batuan tengah dan mencipta sinaran yang menyerlah untuk anda.

Lihat Gaya Cincin Batu Sisi  
Design Solitaire

Rekaan Solitar: Jika gaya bukan tradisional dan unik menarik untuk anda, sentuhan moden rekaan koleksi solitar akan membenarkan anda mereka model ideal anda. Hapuskan peraturan klasik dan mulakan pergerakan baharu dengan mencipta gaya ultra moden.

Lihat Gaya Cincin Rekaan Solitar 
Pearl

Mutiara: Jika anda ialah peminat gaya terkini dan sentiasa memilih gaya yang berlainan, cincin mutiara menanti anda. Kecantikan mutiara yang elegan dan tidak ditelan zaman akan berada disisi anda selamanya dan menambahkan gaya yang menarik. Anda boleh menggabungkan mutiara anda dengan batu permata yang berwarna atau berlian klasik.

Lihat Gaya Cincin Mutiara  

Batuan Manakah yang Patut Saya Pilih?

Warna batu memainkan peranan penting dalam pilihan peribadi anda dan ianya amat penting untuk memilih batuan yang sesuai. Terokai makna rahsia di sebalik batu permata untuk membuat cincin pertunangan anda lebih istimewa.

Diamond

Berlian: Kecantikan semula jadi dan kesucian berlian akan menarik nafas anda. Sinaran yang megah dan kecantikan yang tiada tandingan menjadi pujaan wanita berabad lamanya. Kecantikan berlian yang mudah dan suci tentunya akan menjadikan cincin pertunangan anda lebih istimewa.

Lihat Cincin Pertunangan Berlian  
Black Diamond

Berlian Hitam : Tegas dan luar biasa... Rupanya yang kukuh dan keinginan warna kehitaman yang kuat melambangkan kestabilan. Jika anda mempunyai gaya kelas tinggi, berlian hitam pastinya membuatkan anda gembira dengan rupanya yang misteri. Jika anda mempunyai gaya yang kontemporari, warna yang bergaya dan tidak ditelan zaman ini akan menambahkan keyakinan dan gaya pada semangat anda.

Lihat Cincin Pertunangan Berlian Hitam  
Zamrud

Zamrud: Kami memanggil semua peminat musim bunga disini! Warna hijau yang dalam dan unik melambangkan cinta dan kelahiran semula. Kami memanggil semua peminat seni dan orang-orang kreatif disini kerana cincin pertunangan zamrud akan menjadi kegemaran mereka! Zamrud juga merupakan simbol kebahagiaan dan perkahwinan yang berjaya.

Lihat Cincin Pertunangan Zamrud 
Nilam

Nilam: Batuan biru yang pekat membawa makna kesetiaan dan kepercayaan. Warna biru dalam yang indah mencipta gaya tarikan yang hebat serta perasaan tenang dengan rasa keairan dan warna biru laut dalam. Jika anda mempunyai keyakinan dan kekuatan, ini adalah batu anda.

Lihat Cincin Pertunangan Nilam 
Delima

Delima: Perasaan yang kuat dan ribut cinta yang cantik..Delima menambahkan semangat dan royalti kepada cincin pertunangan anda. Vibrasi merah dalamnya mencipta kekayaan dan kecantikan asli. Jika anda bercita-cita tinggi dan peramah, delima adalah untuk anda. Ianya simbol cinta tiada tandingan dan semangat membara.

Lihat Cincin Pertunangan Delima 
Nilam Putih

Nilam Putih : IJika nobiliti,berkelas dan misteri menerangkan anda, elegan yang tidak berwarna dan tak luput dek masa ini adalah milik anda. Jika anda mempunyai keharmonian dalaman dan membawa keharmonian ini kemana saja anda pergi, nilam putih merupakan pilihan terbaik.

Lihat Cincin Pertunangan Nilam Putih 
Kecubung

Kecubung: Warna ungu yang mistik mempunyai tenaga yang tinggi dan mencipta kombinasi hebat dengan emas putih, palladium atau platinum. Jika anda sukakan rupa yang kuat dan kontemporari, anda boleh memeriksa koleksi Kecubung kami.

Lihat Cincin Pertunangan Kecubung 
Sitrin

Sitrin: Jika anda mempunyai tenaga yang tinggi, keterangan sinaran sitrin mesti menjadi pilihan anda. Tona warnanya ibarat hadiah daripada matahari dan membuat kenyataan anda kukuh dan kuat. Jika anda mempunyai sikap yang optimis dan sosial, batuan yang halus ini akan menyerlahkan lagi personaliti anda.

Lihat Cincin Pertunangan Sitrin 
Topaz Biru

Topaz Biru: Jika anda sukakan warna biru yang terang dan kuat, topaz biru akan menambahkan perhatian terhadap cincin pertunangan anda. Kilauannya yang unik akan membuat semua mata memandang anda dan warna biru menggodanya akan menjadi simbol kesetiaan anda.

Lihat Cincin Pertunangan Topaz Biru 
Garnet

Garnet: Warna merah yang paling elegan mencipta kenyataan yang sangat kuat. Ia merupakan warna kehidupan dan kecergasan jadi jika anda mempunyai tenaga yang tinggi, cinta yang besar untuk hidup dan sokongan dengan cinta yang berpanjangan, garnet ialah batuan anda. Garnet ibarat cinta sejati anda yang berpanjangan.

Lihat Cincin Pertunangan Garnet 
Peridot

Peridot: Kuasa kisah dongeng dan refleksi cahaya akan menangkap anda jika anda sukakan tona warna kuning kehijauan. Tona bumi akan mengingatkan anda tentang alam semulajadi dan kecantikkannya. Ia juga mempunyai mesej rahsia di antara anda dan pasangan iaitu "Saya percaya dan cintakan awak".

Lihat Cincin Pertunangan Peridot 
Akuamarin

Akuamarin: Warna biru yang menyerlah dan keterangan warna biru laut mencipta gandingan yang serasi dengan apa-apa warna logam. Rupa segar yang menarik perhatian akan membawa kelancaran saat indah dengan kecantikannya yang luhur. Warna biru laut tropikalnya ialah ekspresi cinta anda.

Lihat Cincin Pertunangan Akuamarin 
Opal Api

Opal Api: Warna oren yang dalamnya mempunyai vibrasi hue yang kuat dan mengingatkan kita tentang saat romantik matahari tenggelam di tepi laut. Tenaganya yang tinggi memberi aura positif ke dalam jiwa kita. Ia juga simbol kebahagiaan dan mencipta impian kreatif. Jika anda mengejar impian anda dan sentiasa positif tidak kira dimana anda berada, cincin pertunangan opal api akan menjadi penyokong terbesar anda.

Lihat Cincin Pertunangan Opal Api 
Kecubung Hijau

Kecubung Hijau: warna hijau sebagai simbol pembaharuan dan jika anda gemarkan rupa yang menyerlah tetapi jarang ditemui, kecubung hijau ialah pilihan yang baik untuk anda. Untuk buku baru hidup anda dan juga permulaan baharu. Jika personaliiti anda sentiasa gemarkan cabaran baru, kecubung hijau amat sesuai dengan anda kerana tona warnanya yang jarang ditemui dan makna yang dibawanya.

Lihat Cincin Pertunangan Kecubung Hijau 
Tourmalin Hijau

Tourmalin Hijau: Jika anda mempunyai semangat yang ceria dan persekitaran yang stabil, warna hijau tourmalin hijau akan menyempurnakan karakter anda. Raikan saat terbesar dalam hidup anda dengan cincin pertunangan tourmalin hijau.

Lihat Cincin Pertunangan Tourmalin Hijau 
Tourmalin Merah Jambu

Tourmalin Merah Jambu: Warna merah jambu yang romantis tetapi bervibrasi terang akan memerangkap anda pada pandangan pertama. Ia adalah warna cinta sejati dan tona merah jambu yang manis yang boleh anda cari. Jika anda menyukai gaya yang comel dan cantik, cincin pertunangan tourmalin merah jambu akan berikan segalanya! Ia juga mengingatkan anda tentang cinta sejati anda yang mendalam.

Lihat Cincin Pertunangan Tourmalin Merah Jambu  
Kuarza Mawar

Kuarza Mawar: Warna merah jambu lembut akan mencipta suasana romantis pada anda. Tidak banyak perhatian, tetapi mudah dikenali. Tenaga yang menenangkan oleh kuarza ros ibarat tempat berteduh anda seperti teduhan yang anda harapkan dalam perhubungan. Jika anda seorang yang romantis, simpanlah saat indah ini dalam cincin pertunangan anda selamanya dengan kuarza mawar.

Lihat Cincin Pertunangan Kuarza Mawar 
Nilam Kuning

Nilam Kuning: Warna kuning terang menyala akan menyentuh deria anda dengan kehebatannya. Inilah masanya untuk tenaga anda yang kreatif dan intelektual. Jika anda mempunyai personaliti yang kuat dan berani, warna kuning yang kaya akan memanggil-manggil emosi anda.

Lihat Cincin Pertunangan Nilam Kuning 
Kuarza Asap

Kuarza Asap: Batuan berwarna misteri akan memberikan rupa yang unik untuk cincin pertunangan anda. Ia memberikan pemiliknya perasaan semulajadi dengan kehangatan tona kopinya. Ia mempunyai rupa kebumian maka semua peminat alam semulajadi boleh memakai batuan ini dan menghormati alam semulajadi. Tidak terlalu bersinar kerana inilah masa untuk kekal merendah diri.

Lihat Cincin Pertunangan Kuarza Asap 
Tanzanit

Tanzanit: Batu permata jenis ini yang tiada tandingan dan sangat unik dan jika anda sukakan yang jarang ditemui,tetapi cantik dan menarik,tanzanit perlu menjadi pilihan anda. Warnanya yang kaya dan mendalam akan mencipta perbezaan besar pada cincin pertunangan anda. Keunikannya adalah sangat elok dan warnanya yang menawan adalah sangat menyerlah. Jika anda gemarkan yang luar biasa, Tanzanit akan mengagumkan anda dan pasangan.

Lihat Cincin Pertunangan Tanzanit