PENDIDIKAN BATU PERMATA

GEMSTONE EDUCATION

Batu permata ialah mineral yang cantik yang digunakan untuk membuat Barang Kemas . Sebelum barang kemas dibuat, batu permata perlu dipotong dan digilap. Batuan berharga atau semi-harga, terumatanya potongan satu, digilap dan digunakan dalam sebentuk barang kemas.

BATU PERMATA 4Cs

Warna Batu Permata (Tona-Saturasi-Hue)

Semua batu permata adalah sangat unik dari segi warnanya. Untuk lebih memahami termanya dan untuk mengenalpasti parameter warna yang berbeza, adalah sangat penting untuk fokus kepada tiga benda yang melibatkan batu permata. Batu permata yang sama mungkin mempunyai keamatan warna yang berbeza, ketulenan,saturasi dan tona. Faktor utama yang menentukan warna batu permata ialah:hue,tona dan saturasi.

Hue ialah warna asas utama batu permata, yang melambangkan salah satu warna utama daripada palet warna(pelangi). Mengenalpasti hue adalah semudah menyatakan sama ada batu permata itu ialah biru,merah,hijau atau kuning.

Tona menentukan keamatan warna batu permata. Ia boleh berubah dari cerah ke gelap,dan selalunya,tona yang paling bernilai ialah neutral,bermakna ia tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap tetapi di tengah-tengah. Walau bagaimanapun, bergantung kepada rekaan dan latar barang kemas, tona yang berbeza mungkin kelihatan lebih menarik daripada yang lain, dan kadangkala ia menurut citarasa dan kesukaan peribadi.

Saturasi, juga dikatakan sebagai ketulenan warna dan batu permata dengan saturasi yang tinggi mempunyai sedikit atau tiada hue coklat atau kelabu. Secara natural, lebih tulen warnanya, lebih bernilai harga batu permata tersebut.

Potongan Batu Permata

Kualiti batu permata dinilai oleh salah satu elemen terpenting iaitu - potongan. Dengan pengalaman selama 18 tahun dalam perniagaan barang kemas dan batu permata, kami memastikan kualiti potongan untuk memaksimakan kelembutan setiap batu permata. Potongan yang terbaik akan memancarkan kualiti batu permata, meninggikan keamatan warna, mengurangkan kemasukan yang boleh dilihat dan terutamanya, meningkatkan rupa keseluruhannya. Kami gred potong dalam 4 tahap : biasa, baik,sangat baik, cemerlang. Secara ideal, hampir semua batu permata yang dibeli di GLAMIRA sama ada menggunakan potongan baik atau cemerlang. Potongan batu permata menunjukkan ketelitian bahagian produk tersebut.

Kejelasan Batu Permata

Kejelasan batu permata merujuk kepada warna batuan dan kejelasannya. Lebih sedikit kemasukan yang ada, lebih tinggi grednya dan batu tersebut akan lebih bernilai. Kejelasan batu permata bergantung kepada jenisnya. Kejelasan AAA merujuk kepada batuan yang bersih sementara kejelasan AA merujuk kepada batuan separa bersih. Secara ideal, sesetengah batu permata akan digredkan sebagai kualiti AAAA iaitu kejelasan yang tertinggi sekali. Kejelasan batu permata ditunjukkan dalam ketelitian bahagian produk tersebut.

Berat Karat Batu Permata (Saiz)

Karat merujuk kepada ukuran batu permata. Batuan yang berbeza mempunyai jirim tersendiri (jisim sejumlah unit), oleh itu dua permata mungkin kelihatan sama saiz tetapi berbeza berat. Contohnya, sebutir berlian kurang berjirim daripada ruby,oleh itu 1 karat berlian akan kelihatan lebih besar daripada 1 karat ruby.

BATUAN BERHARGA

Emerald

Sapphire

Ruby

Berlian Hitam

Sapphire Putih

Emerald

Batuan berharga dengan hijau yang kaya dan jelas, yang mana namanya bersal dari perkataan Greek iaitu “smaragdos” yang bermaksud permata hijau. Salah satu daripada 4 permata utama, bersama dengan berlian,sapphire,ruby dan emerald hadir sebagai pengecualian disebabkan oleh permukaannya yang berkemasukan sangat tinggi dan dikira kurang keras apabila dibandingkan dengan batu permata. Nilai emerald digredkan oleh 4Cs yang sama iaitu warna, potongan,kejelasan,dan karat. Namun begitu, untuk permata ini, warna merupakan aspek yang paling penting, membuatkan emerald hijau yang jelas sangat berharga. Kejelasan ialah kriteria kedua terpenting. Oleh kerana emerald mempunyai banyak kemasukan, lebih telus batuan tersebut, lebih berhargalah ia. Batuan ini sekarang ini kebanyakkannya didapati di Colombia, Zambia, Afghanistan, Australia, Austria, Brazil, Madagascar, Mozambique, Namibia, Nigeria, Norway, Pakistan, Russia, Somalia, South Africa, Spain, Switzerland, Tanzania dan Amerika Syarikat.

Dikaitkan dengan chakra hati, merald dikatakan sebagai batuan untuk cinta yang berjaya. Mereka dipercayai membawa keamanan , komitmen, mengukuhkan persahatan, kesetiaan dan semangat. Batuan ini telah menarik perhatian orang ramai sejak zaman dahulu, dan menjadi batuan kegemaran Kleopatra dan dipercayai di zaman Mesir Kuno untuk memberikan hidup kekal. Kuasa penyembuhan adalah sebab lain yang menjadikan Emerald sangat bernilai. Ia dipercayai boleh menjadi penawar, untuk membersihkan racun dalam badan atau toksin, dan membantu merawat penyakit berjangkit. Mereka dikatakan boleh menyembukan masalah jantung,paru-paru dan menyembuhkan sakit mata.

Emerald dikatakan sebagai batuan Venus, yang membawa keselamatan dalam cinta dan perhubungan, sekali gus menjadikan mereka salah satu pilihan terbaik untuk cincin pertunangan dan tambahan pula, mereka ialah birthstone mereka yang lahir pada bulan May.

Sapphire

Sapphire datang dalam warna dan hue yang berbeza,dan biru sebagai warna yang paling terkenal dan banyak dikaitkan dengan batuan berharga ini dan bukan secara kebetulan,namanya pula diambil daripada perkataan Latin iaitu "sapphirus " yang bermaksud biru. Salah satu batuan yang paling keras di bumi -9.00 diatas skala Mohs, sapphires hanya dimenangi oleh berlian dan moissanite. Dalam kalangan 4 C's (warna,potongan,kejelasan dan karat), bagi mengenalpasti nilai sapphires , warna adalah aset yang paling penting. Sapphire yang palig bernilai akan mempunyai warna biru yang jelas dan kaya, tidak terlalu gelap dan tanpa tinge kelabu. Batuan berharga ini kini boleh didapati di Sri Lanka, Vietnam, China, Thailand, Australia, United States, Madagascar dan East Africa.

Pelbagai mitos dan kepercayaan yang mengelilingi sapphire. Persian lama mempercayai bahawa langit diwarnakan biru untuk terlihat seperti warna sapphire. Mereka juga merupakan batuan utama diraja pada masa moden, dan sapphire juga menjadi batu permata di cincin pertunangan Lady Diana oleh Putera Charles. Sapphire dipercayai boleh menghilangkan keresahan, menenangkan fikiran dan menjadikan mida lebih tenang. Mereka dikaitkan dengan Chakra tekak, dimana sapphire mungkin membantu untuk memahami dalaman anda. Sambil memberikan tenaga yang tenang, ia juga membantu anda untuk lebih teliti dan menjadi lebih bermotivasi. Sapphire dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan, yang membantu ditidaklawasan , mengambil pergi apathy dan lethargy.

Sapphire melambangkan komitmen, kecergasan dan cinta sejati, menjadikan batuan berharga ini pilihan terbaik untuk cincin pertunangan. Mereka juga adalah birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan September.

Ruby

Satu daripada 4 batuan berharga, bersama-sama berlian, sapphire dan emerald, ruby mendapat namanya daripada warnanya, yang berasal dari perkataan Latin “rubeus’’ yang bermaksud merah. Mereka berkait rapat dengan sapphire , kerana kedua-dua batuan ini adalah keluarga corundum. Ruby ialag antara batu paling keras, mempunyai kekerasan 9.00 pada skala Mohs, dimenangi oleh hanya berlian dan moissanite. Nilai batuan ini diukur oleh 4 C's sama seperti batuan yang lain - warna,potongan,kejelasan dan karat, termasuk asal usul mereka. Ruby yang paling bernilai ialah yang berwarna merah gelap yang kaya, membawa nama "darah merpati", tidak mempunyai sebarang hue kuning atau biru. Pada masa kini, ruby boleh didapati di Myanmar, Madagascar, Nepal, Pakistan, Tajikistan, Tanzania, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Sejak zaman dahulu, ruby dipanggil batuan cinta dan semangat, dan juga dianggap aphrodisiacs, yang menarik aktiviti seksual. Mereka dipercayai menyumbangkan tenaga dan kecergasan, melawan kepenatan dan keletihan. Ruby menjadikan minda lebih cerah, meningkatkan konsentrasi dan meningkatkan motivasi. Batu permata ini dipercayai boleh membantu menyelesaikan pergaduhan,mempunyai kuasa kedamaian dan melindungi daripada pemikiran jahat. Ruby dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan,kerana mereka dikaitkan dengan chakra hati, mereka dipercayai membuang toksin badan dan darah. Mereka membantu masalah hati, menurunkan berat badan dan merawat pengaliran darah.

Ruby merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan july dan merupakan batu utama yang dipilih untuk cincin pertunangan kerana simbol semangat dan cintanya yang kuat. Mereka secara tradisionalnya diberikan sebagai hadiah pada hari perayaan perkahwinan yang ke 15 dan 40.

Berlian Hitam

Diklasifikasikan sebagai batuan berharga,berlian hitam asli adalah legap dan membezakan mereka daripada kebanyakkan berlian. Mereka dianggap agak bernilai kerana mereka sangat cantik dan dianggap berharga. Namun, mereka masih mampu dibeli berbanding dengan berlian berwarna yang lain.

Terdapat mitos dan kepercayaan yang bercanggahan mengenai berlian hitam dan perlambangan mereka. Menurut lagenda India, mereka melambangkan Yama, dewa kematian. Rakyat Itali pula mempercayai bahawa ,sebaliknya, batuan ini ialah batu kedamaian - maka dipercayai bahawa berlian hitam boleh membantu menyelesaikan masalah perhubungan yang menjadikan ia berjaya.

Karat - Unit berat dimana berlian diukur. Perbezaan harga di antara penjual yang berbeza adalah atas sebab yang berbeza, contohnya,berlian hitam yang dilombong secara natural akan menjadi lebih mahal tetapi masih lagi dikira sebagai alternatif yang lebih murah berbanding berlian berwarna yang lain. Berlian yang hitam selalunya susah untuk digilap dan mungkin mempunyai kesan potongan.

Potongan - Berlian hitam yang dilombong secara natural adalah agak kasar jadi mereka perlu dibentuk menggunakan cara yang pelbagai, dan proses ini dipanggil memotong atau menggilap. Ia dilaksanakan dengan bantuan gergaji bulat tanpa gigi yang nipis dan pergerakan "memotong" dilaksanakan dengan habuk berlian dimana diletakkan di gergaji tersebut.

Kejelasan - Kejelasan batuan merupakan jumlah kekurangan atau kemasukan yang ada dalam berlian, tetapi untuk berlian hitam, ianya tidak penting kerana pancaran cahayanya tidak sama dengan berlian lain.

Warna - berlian hitam semula jadi boleh didapati dalam warna yang hampir sama, yang menyebabkan mereka amat terkenal , kerana warna mereka yang jarang ditemui. Warna mereka disebabkan oleh grafit yang muncul dalam struktur kristal semasa pembentukan berlian. Secara naturalnya, mereka hanya datang dalam satu keamatan warna-iaitu Hitam Fancy

Sapphire Putih

Diklasifikasikan sebagai batuan berharga, sapphire putih selalunya digunakan selain berlian, bukan kerana rupanya yang hampir sama atau kerana mereka lebih murah, tetapi kerana kekerasan sapphire putih yang boleh dikalahkan oleh berlian. Pada skala Mohs , mereka adalah sangat rapat dengan kekerasan 9. Sebagai perbandingan, kekerasan berlian ialah 10. Oleh itu, batuan permata ini keras dan sesuai untuk membuat barang kemas.

Menurut kepercayaan terkenal, batuan permata ini membawa kebijaksanaan dan kekuatan semangat, menggalakkan bakat dan potensi seseorang sambil membantu mereka hidup dengan intergriti, dan setia pada ideal mereka. Tetapi juga, sapphire putih sesuai untuk perjanjian antara dua kekasih, kerana ia melambangkan mereka yang perlu melepaskan segalanya demi masing-masing, mengurangkan cemburu dalam fasa awal perkongsian atau perkahwinan.

Karat - Terdapat perbezaan antara berlian dan sapphire secara umum mengenai karat. Kedua-duanya mempunyai karat yang sama tetapi berat yang berbeza, dan sapphire yang lebih berat. Ia amat dicadangkan jika anda meragui tentang karat anda patut memilih sapphire putih, dan mengkira saiznya dalam milimeter.

Potongan - Tidak seperti berlian, sapphire putih perlu dipotong dengan cara yang khusus supaya keunikannya akan diserlahkan. Setiap tukang kemas akan meletakkan piawaian mereka sendiri mengenai potongan sapphire, dan mereka akan fokus kepada warna batuan untuk memastikan kualiti, kerana tiada piawaian sekata untuk "potongan ideal" sapphire secara umum.

Kejelasan - Sama seperti yang lain, terdapat perbezaan apabila membandingkan berlian dan sapphire putih. Disebabkan oleh sapphire yang datang dari persekitaran yang penuh dengan mineral, yang boleh dengan mudah memberi kesan kepada permata tersebut, ia telah diterima bahawa semua sapphire akan mempunyai kemasukan. Sapphire putih mata adalah sangat jarang ditemui.

Warna - Ia bukan kebiasaan untuk sapphire untuk menjadi putih dan sapphire putih sangat berkualiti tinggi dan sangat jarang ditemui. Batuan ini dirujuk sebagai "tiada warna". Sesetengah sapphire putih hadir dalam warna biru pucat, merah jambu atau kuning.