PERBANDINGAN BATUAN

Pada pandangan pertama, Berlian, Sapphire Putih dan swarovski mungkin kelihatan tiada berbeza. Ketiga-tiganya menampilkan kualiti yang unik,faedah dan beberapa keadaan yang mana anda akan dapati sesuai dengan pelbagai majlis. Dari segi warna, putih kekal sebagai warna yang elegan untuk barang kemas - meletakkan warna tersebut sendiri diatas senarai barang kemas paling terkenal. Perbezaan utama yang boleh membezakan sapphire putih dengan berlian ialah pembiasan cahaya - iaitu proses dimana cahaya memasuki batuan dan melambung kembali,menciptakan kilauan yang lembut. Perbezaan utama antara berlian dan kristal swarovski ialah berlian batuan semulajadi manakala swarovski ialah buatan manusia.

Kedua-dua sapphire putih dan berlian kelihatan hebat sebagai barang kemas seperti rantai leher, cincin atau anting-anting kerana kekerasan berlian dan sapphire putih yang sesuai dengan sebarang gaya atau model. Walaupun berlian dan sapphire putih mempunyai kehebatan yang sama, mereka datang dari sumber geologi yang berbeza dan kualifikasi mineral mereka juga berbeza. Sapphire Putih datang dari keluarga gen corundum dan salah silah keluarga ini juga termasuk sapphire berwarna dan ruby. Namun, berlian mengandungi karbon asli dan mempunyai komponen yang sama dengan grafit dan arang. Jika budjet anda rendah, kami cadangkan anda untul memilih berlian untuk pengalaman seumur hidup, tetapi jika anda mencari yang lebih murah, sapphire putih boleh menjadi pilihan dengan kualiti yang sama.

Pembentukan berlian berlaku di bawah haba dan tekanan tinggi dibawah bumi dan tekanan tinggi ini menjadikan berlian bahan yang paling keras dan konduktif. Letusan berapi membawa berlian ke permukaan sementara sapphire muncul dan berdiri di permukaan deposit batu. Anda perlu menjaga barang kemas berlian anda dengan berhati-hati untuk menjaga kehebatannya. Anda boleh menggunakan berus gigi lembut dan pes istimewa untuk membersihkan berlian,tetapi jika anda mempunyai sapphire putih, anda tidak perlu melakukan proses pembersihan ini dengan kerap. Percikan berlian yang menarik mata amat berharga dan terkenal sebagai gaya terkini cincin pertunangan atau band perkahwinan.

Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang perbezaan sapphire putih dan berlian dari segi warna, pembiasan cahaya dan kriteria kekerasan.

Warna

Untuk melihat perbezaan warna antara sapphire putih dengan berlian, anda boleh melihat hue cahaya. Secara umumnya, berlian memancarkan cahaya dengan kuat dan ini mencipta percikan yang hebat dan sapphire putih juga sebenarnya bersinar tetapi tidak sekuat itu.

Pembiasan Cahaya

Apabila cahaya diserap di penjuru permata, cahaya akan berjalan di dalamnya dengan sisian dan pembiasa cahaya berlaku dari satu bahagian ke bahagian lain seperti iluminasi matahari yang tiada henti. Berlian mempunyai jumlah pembiasa cahaya yang tinggi kerana bentuknya sekali gus bersinar dengan lebih terang. Permainan alam semulajadi yang tercantik juga memberi kesan terhadap nilai berlian. Apabila anda membandingkan sapphire putih dan berlian, anda akan melihat bahawa berlian memancarkan warna-warna pelangi. Warna-warna yang hebat ini menjadi terang dengan cahaya dan ini lah yang dikatakan kuasa batuan yang jarang ditemui. Permata yang jarang ditemui biasanya sangat bernilai dan mendapat permintaan selama berabad-abad dengan pancaran cahaya dan sinaran yang cantik.

Kekerasan

Kekerasan berlian ialah empat kali ganda lebih kuat daripada sapphire putih dan ini menjadikan permata ini sangat kuat. Sapphire putih tidak bercalar dengan mudah dan tidak kira apa yang anda pilih, dengan tukangan yang kreatif, anda akan mendapat barang kemas seumur hidup.

Banyak Lagi

Apabila anda membandingkan berlian dan Swarovski, mungkin anda tidak meilaht perbezaannya,namun, secara realiti, terdapat perbezaan signifikan apabila anda mula melihat dari sudut berpengetahuan.

Swarovski ialah kristal yang dibuat daripada kaca di Austria. Ia tidak wujud secara semulajadi dan oleh itu ia bukan batu permata semulajadi. Kelebihan Swarovski ialah percikannya yang tinggi dan kejelasan kristal yang cantik. Tambahan pula, ia membenarkan anda memberi bentuk yang berbeza-beza dan memilih dari pilihan warna yang luas.

Berlian mempunyai kriteria yang berbza dan kriteria ini dikatakan sebagai 4 C's iaitu warna, potongan, kejelasan dan karat. Kriteria ini mengenalpasti kualiti berlian dan menurut nilai boleh ubah and juga akan mendapat berlian dengan sijil seperti GIA atau HRD. Melalui sijil-sijil ini, anda boleh mendapati semua makumat penting tentang batuan yang anda beli. Jika anda tidak boleh membuat pilihan di antara berlian, swarivski dan sapphire putih, reka sebuah jadual untuk membantu anda membuat keputusan. Berlian bertahan seumur hidup dan ia adalah semulajadi, jarang dijumpai, menyinar dan berkualiti tinggi. Swarovski direka di dalam makmal , bersinar, murah dan kelihatan seperti berlian. Sapphire Putih adalah semulajadi, murah dan keras.

Pilihan anda boleh menjaid cincin,anting-anting atau rantai leher. Perkara yang paling penting ialah untuk memilih batuan menurut citarasa anda , dan pastikan tukangannya juga berkualiti tinggi dan mengambilkira budjet anda. Sila ingat bahawa apa-apa pun batuan yang anda pilih, barang kemas ialah objek yang lembut dan halus dan perlu berhati-hati ketika diguna sama ada memakai cincin, rantai leher atau anting-anting. Penggunaan akan memberi kesan terhadap batuan dan anda perlu berhati-hati kepada batuan anda untuk mengelakkan calar atau percikan yang tidak patut.