PANDUAN CINCIN KAHWIN

Bagaimana hendak memilih logam?

COLOURED DIAMOND EDUCATION

Logam yang berbeza hadir dengan warna yang berbeza, rupa, kekuatan dan harga.

Emas : Emas sentiasa menjadi pilihan klasik dan pilihan utama untuk majlis perkahwinan. Rupa kehangatan semulajadinya dan kilauannya yang cantik menjadikan cincin kahwin emas begitu romantik dan logam yang amat disukai. Emas boleh diukur dalam karat dan mempunyai 24 bahagian. Emas tulen mempunyai 24ct emas dan terlalu lembut untuk membuat barang kemas jadi perlu dicampurkan dengan bahan lain unutk membentuk cincin. Emas 18 karat mempunyai 75% emas tulen, 14 karat mempunyai 58.5% emas tulen dan 9 karat mempunyai 37.5% emas tulen. Kekuatan dan kekerasan emas bergantung kepada karat,dan bergantung kepada kesukaan anda, anda boleh memilih karat yang anda inginkan.
Cincin Perkahwinan Emas 

Palladium: Sebagai ahli keluarga platinum, palladium mempunyai tona warna perak yang semula jadi dan cantik. Logamnya yang putih berkilau memberikan rupa yang mewah. Kekerasannya adalah amat tinggi dan menjadikan cincin palladium sebentuk cincin untuk seumur hidup. Kebaikan terbesar palladium ialah beratnya yang ringan. Jadi untuk rekaan yang besar, palladium adalah alternatif yang baik. Tambahan pula,palladium merupakan salah satu logam yang paling jarang ditemui di dunia jadi ia amat unik dan istimewa.
Cincin Perkahwinan Palladium  

Platinum: Logam yang paling berprestij untuk cincin perkahwinan ialah Platinum. Platinum mempunyai kekerasan yang tinggi jadi ia adalah agak berat daripada logam yang lain. Ia adalah 30 kali lebih jarang ditemui dan 40% lebih berat daripada 14K emas. Ketumpatan,kesucian dan kejarangannya membuatkan cincin platinum amat bernilai dan merupakan pelindung, oleh itu cincin platinum mampu bertahan selama bertahun-tahun. Tambahan pula, sheen satinnya dan hue putih yang lembut dan cantik mempunyai rupa yang menyerlah secara semulajadi.
Cincin Perkahwinan Platinum  

Perak : Warna kelabu terang perak adalah seperti refleksi bulan ke atas laut. Kilauan logam ini boleh dipadankan dengan apa-apa permata. Perak juga adalah sangat lembut dan boleh di alloi dengan logam lain untuk meningkatkan kekerasannya. Perak 925 mengandungi 92.5 % Perak tulen dan ini memberikan kilauan yang cantik kehebatan semulajadi cincin tersebut. Kilauannya yang menyerlah amat menarik dengan rupanya yang kontemporari.
Cincin Perkahwinan Perak  

Bagaimana hendak memilih warna?

Warna merupakan faktor yang berkaitan dengan gaya. Ianya amat penting untuk menarik perhatian, dimana jika seseorang yang memakai barang kemas sudah memakai barangan lain, warna boleh dipadankan dengannya. Selain itu, warna yang berbeza memberi pandangan yang berbeza-beza.
Solitaire Pave

Emas Kuning : Rupa kehangatan kuning emas mengalu-alukan anda dengan sinaran matahari. Ianya begitu klasik tetapi bergaya dan kesan terangnya kekal lama. Warna kuning yang semula jadi dan cantik menyerlah amat sesuai dengan sebarang gaya dan sempurna untuk pasangan klasik kerana ia tidak pernah luput ditelan zaman. Rupanya yang sentiasa bersinar adalah untuk seumur hidup,sama seperti perkahwinan anda. Kualitinya yang tidak ditelan masa akan berada di jari anda untuk selamanya.
Cincin Perkahwinan Emas Kuning  

Solitaire Pave

Emas Putih :Keputihan putih emas menambahkan imej komtemporari dan unik. Ia agak keras dan merupakan alternatif terbaik jika anda mempunyai had budjet. Emas putih menawarkan warna yang sejuk dan menyerlah dan terkenal selama bertahun-tahun. Rupa reflektif di permukaannya memberikan kemewahan yang asli dan elegan. Rupanya yang moden, futuris dan cantik akan menunjukkan keyakinan anda.
Cincin Perkahwinan Emas Putih  

Solitaire Pave

Emas Ros : Tona merah jambu yang terang dan bergaya amat terkenal dengan rupanya yang lembut dan elegan. Alloi tembaganya memberikan logam tersebut warna merah jambu dan ia semakin menjadi pilihan hari demi hari. Emas Ros melambangkan cinta dengan nada romantik, memerikan rupa yang feminin dan tembaganya menambahkan kekerasan logam tersebut. Perkahwinan bergaya vintaj akan nampak hebat kerana kecantikan yang disumbangkan oleh setiap gaya cincin yang lebih menarik.
Cincin Perkahwinan Emas Ros 

Bagaimana hendak memilih penamatnya?

Digilap

Diberus menegak (Matte)

Diberus melintang (Matte)

Berus Wayar ( Matte Ais)

Sandblasted

Digilap: Penamat cincin dengan menggilap adalah cara klasik yang paling terkenal dan menjadi kebiasaan di dalam dunia barang kemas. Ia mempunyai kesan bersinar dan reflektif. Jika anda mahukan bentuk yang menarik perhatian, penamat digilap ialah pilihan yang bagus dengan refleksi yang tinggi dan kesan seperti cermin. Refleksi yang ringan akan menjadi agak tinggi dengan permukaan luar yang terang dan bersinar.

Diberus menegak (Matte): Penamatan Diberus menegak (Matte) yang tahan lama memberikan sentuhan lapisan berus warna dan rupa matte yang elegan yang semakin popular pada hari ini. Rupa yang terkenal dan penyebaran sheen mencipta rupa permukaan yang cantik. Pergerakan berus akan menutup permukaan secara menegak sepanjang lilitan cincin dan memberikan rupa sedikit suram tetapi juga amat berbeza dengan setiap pergerakan. Rupa yang kemas memberikan aura yang elegan kepada cincin perkahwinan.

Diberus melintang (Matte) : Kesan lembutnya memberikan sentuhan permukaan untuk rupa penamatan diberus melintang (matte). Ianya semakin popular dikalangan orang muda yang inginkan rupa yang unik. Tektur yang berat menawarkan kesan beku yang khusus. Penamatan ini memberikan gaya yang baru dan hebat untuk cincin kahwin. Pergerakan diberus melintang mencipta perbandingan yang cantik dengan bahagian dalam yang telah digilap.

Berus Wayar (Matte Ais): Penamat ini ialah antara cara terbaru yang terkenal dengan penamatan berus wayarnya. Perbezaan antara berus dan berus wayar ialah penamat ini mempunyai kesan berus yang lebih mendalam dan boleh dilihat dan kesannya akan dipertingkatkan untuk memberikan rupa yang lebih elok.

Sandblasted: Penamat Sandblasted mempunyai rupa yang agak mudah dilihat dan penamat yang agak kasar. Apabila anda menyentuh permukaannya, anda boleh merasai kesan penamat tersebut dengan mudah. Cincin Sandblasted mempunyai rasa yang agak kasar dan memberikan tekstur yang boleh dirasai.

Bagaimana hendak memilih ketebalan?

Lebar dan tebal adalah berkait dengan satu sama lain oleh itu ketika anda meluaskan lebar cincin, anda perlu meningkatkan ketebalannya juga.

1.2 mm

1.4 mm

1.6 mm

1.8 mm

2.0 mm

1.2 mm: Ini adalah ketebalan yang halus kerana ia sangat nipis dan sensitif. Jika anda menyukai rupa yang sopan tetapi elegan, ketebalan ini adalah sesuai untuk anda. Rekaan yang kemas nampak hebat dengan ketebalan yang nipis. Tambahan pula, jika anda sukakan cincin yang ringan dan bukan yang berat, ketebalan ini adalah amat sesuai.

1.4 mm: Ketebalan ini kelihatan cantik untuk rekaan klasik. Jika anda mempunyai cincin pertunangan yang terang, ketebalan ini adalah sesuai untuk mendapatkan kombinasi yang hebat kerana ia tidak memberi kesan ke atas rupa kilauan cincin pertunangan anda malahan menambahkan sinarannya .

1.6 mm: Ketebalan ini adalah yang paling menjadi kebiasaan dan menjadi pilihan kebanyakkan pasangan kerana ia sesuai untuk sebarang gaya majlis perkahiwinan dan kelihatan cantik di jari. Ia menyerlahkan rekaannya dengan baik dan menyerlahkan kesan penamat yang berbeza.

1.8 mm: Agak tebal jika dibandingkan dengan ketebalan yang lain dan memberikan rupa elegan disebabkan oleh batuan untuk cincin kahwin wanita sambil memberikan percikan kerana ketebalan yang tinggi. Jika anda sukakan rasa memakai cincin, dengan rupa yang kemas, ketebalan ini adalah sangat sesuai untuk anda. Ketebalan 1.8mm memberikan sokongan yang kukuh dan keselamatan dijamin kerana kekerasannya.

2.0 mm: Jika anda mempunyai jari yang panjang, ketebalan ini menciptakan rupa yang hebat untuk menyerlahkan sebarang gaya. Lilitan yang tebal memberikan sokongan yang teguh. Jika anda suka menunjuk-nunjuk dan nampak halus tetapi rasa lebih substantial, ketebalan ini amat sesuai untuk anda. Ketebalan 2.0mm adalah amat sesuai untuk sokongan dan kekerasan optimum.

Bagaimana hendak memilih lebar?

Jika anda mempunyai tangan yang kecil dan halus dengan saiz cincin yang kecil, cincin kahwin yang nipis akan nampak cantik di jari anda. Gaya yang mudah dan klasik juga akan nampak cantik dengan kelebaran cincin kahwin tersebut. Jika anda mahu menampilkan dekorasi cincin kahwin anda dan ingin melihat maklumat kecil,dalam kes ini, cincin kahwin berlebar medium adalah pilihan yang baik. Jika anda mempunyai jari yang panjang dengan saiz cincin yang besar, kelebaran cincin yang besar adalah lebih baik untuk anda. Cincin kahwin yang lebar menampilkan gaya yang mudah atau lebih jelas dengan lebih cantik kerana ia mempunyai permukaan yang lebih besar dan luas untuk dekorasi kecil dan juga memberikan permukaan yang halus untuk gaya yang mudah dan kosong. Anda boleh meilih lebar yang sama dengan cincin pertunangan anda atau mencipta perbandingan dengan dua lebar yang berbeza. Nipis atau lebar? Pilihannya bergantung kepada citarasa anda.

2.0 mm

3.0 mm

4.0 mm

5.0 mm

6.0 mm

7.0 mm

8.0 mm

9.0 mm

Bagaimana hendak memilih profil?

Kesesuaian Selesa

Band Leper Kesesuaian Selesa

Kesesuaian Selesa : Profil ini membuatkan bahagian dalam cincin agak diliputi dengan logam tambahan. Ia memudahkan memasukkan ke dalam buku jari yang besar apabila memakainya di jari anda atau mencabutnya. Interior yang bulat (dimana cincin menyentuh jari) akan membantu cincin meluncur. Jika anda mempunyai hidup yang aktif dan sering membuka cincin perkahwinan anda, lebar yang selesa perlu menjadi pilihan anda. Cincin kesesuaian selesa menjadi lebih tebal daripada sisi tengah di interiornya ke sisi luar dan merangkumi kawasan yang kurang kulit.

Band Leper Kesesuaian Selesa: Profil permukaan dalam akan melengkung dan berbentuk dome,tetapi permukaan luaran mempunyai bentuk leper. Lengkungan convex membantu memakai cincin dengan mudah, jadi cincin akan meluncur dengan mudah apabila anda membukanya. Ia memberikan kemudahan untuk membuka dan pada masa yang sama mempunyai luaran yang leper jadi kedua-dua bentuk ini akan berkumpul dalam satu rekaan dan membentuk rupa yang berlainan dan unik.