Rose Pearl Jewellery

MUTIARA ROS

Mutiara adalah permata tertua yang dikenali dan dikira sebagai yang paling berharga sepanjang zaman. Ia berwarna dari hitam termasuklah perak,kuning lembut, merah jambu, champagne, (emas) hijau, dan biru.

CADANGAN PRODUK UNTUK ANDA

MUTIARA ROS

Mutiara adalah permata tertua yang dikenali dan dikira sebagai yang paling berharga sepanjang zaman. Ia berwarna dari hitam termasuklah perak,kuning lembut, merah jambu, champagne, (emas) hijau, dan biru.

Apa yang membezakan mutiara daripada permata lain ialah bahan organiknya yang datang dari benda hidup-tiram dan moluska. Struktur kimianya mengandungi kalsium karbonat dalam bentuk kristal minit, yang terbentuk di lapisan sepusat. Sebagai permata semulajadi, ia mungkin terbentuk dalam pelbagai bentuk dan setiap bentuk adalah unik. Seperti setiap berlian yang lain dengan masing-masing, mutiara juga mempunyai sedikit perbezaan bentuknya. Bentuknya disebabkan oleh nukleus dan kedudukannya dalam moluska. Mutiara bulat adalah satu yang paling diingini dan dihargai kerana mereka jarang dijumpai dan 'semulajadi'. Apabila berfikir tentang mutiara, pastinya mutiara bulat yang akan difikirkan. Sebagai tambahan kepada mutiara asli, terdapat juga mutiara kultur yang ditani dalam tiram dan moluska air tawar. Nilai mutiara bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis mutiara, kilauannya, bentuk,warna, nacre dan saiz. Kilauannya menunjukkan kualitinya;mutiara berkualiti tinggi sangat terang dan berkilat yang mana anda boleh melihat refleksi anda. Sisi lain ialah nacre yang memberikan mutiara warnanya dan kilauannya yang bersinar. Mutiara yang paling bernilai ialah yang ada nacre paling tebal.

Mutiara ialah permata tertua didunia, yang paling diinginkan dan permata yang paling dihormati semenjak mereka mula dijumpai. Ia disebut dalam lagenda, teks; digunakan dalam barang seni untuk pelbagai negara seperti Mesir ke Cina dan Greece. Penggunaan pertamanya ialah pada 5,200 tahun dahulu di Mesir. Contoh mutiara boleh dilihat dalam lukisan dan arca dalam era Mesir Kuno. Di lubuk Cina dan teks sejarah pada 4,000 tahu lalu, ia disebut tentang mutiara air tawar dan masih diterima sebagai definisi mutiara air tawar. Barang Kemas mutiara yang tertua ialah rantai leher berusian 2,700 tahun yang ditemui dalam makam Ratu di Persian Kuno. Ia dikenali sebagai rantai leher Susa, dan mengandungi 3 baris dengan 72 mutiara setiap baris. Dipanggil sebagai tangisan bulan, mutiara ialah birthstone bulan Jun dan batu untuk zodiak Cancer.

Glamira membekalkan mutiara berkualiti tinggi dengan mengambikira nilai kriteria. Untuk mencipta rekaan unik barang kemas mutiara, Glamira menggunakan mutiara putih,merah jambu dan hitam dalam koleksinya. Anda boleh mengkhaskan titisan air mata bulan sebagai sepasang titisan anting-anting mutiara. Atau anda boleh lilitkan warisan lampau di leher anda dengan rantai leher mutiara dan rasakan diri anda sebagai watak utama dalam mitos dan lagenda. Anda juga boleh menggabungkannya dengan ros dan/atau emas putih untuk mempunyai cincin mutiara yang akan menggariskan gaya berkekalan seperti rantai leher Susa!