Loading...

Panduan Batu Kelahiran

Januari

Garnet

Februari

Kecubung

Mac

Akuamarin

April

Berlian

Mei

Zamrud

Jun

Mutiara

Julai

Delima

Ogos

Peridot

September

Nilam

Oktober

Tourmaline Merah Jambu

November

Sitrin

Disember

Tanzanit

Batu Kelahiran bulan Januari - Garnet

Menyerupai bijih merah buah delima, batu permata ini menerima namanya daripada abad ke 14 huruf Middle English "gernet" yang bermaksud merah gelap. Batuan yang cantik ini hadir dalam variasi warna, yang paling biasa ialah merah gelap hingga merah violet. Terutamanya batu permata tahan lama, dijumpai diserata dunia, termasuklah Wyoming, Czech Republic, Greece, Russia, Tanzania, Madagascar, Sri Lanka and India.

Garnet melambangkan kebenaran dan keyakinan, batuan permata ini akan melindungi pemakainya ketika berjalan, melindungi mereka daripada kemalangan jauh dari rumah dan mempunyai kebolehan untuk melindungi pemiliknya daripada mimpi ngeri. Garnet juga melambangkan persahabatan yang dalam dan berpanjangan. Berikan Garnet kepada seseorang yang amat anda hargai persahabatannya. Garnet pernah dipuji kerana kuasa penyembuhannya dan dikatakan mempunyai ciri penyembuhan untuk jantung dan paru-paru.

Terokai koleksi barang kemas Garnet kami dan pilihlah hadiah terbaik untuk mereka yang lahir di bulan Januari, dan hantarkan mereka ucapan yang baik, kebahagiaaan dan kesihatan.

Batu Kelahiran bulan Februari - Kecubung

Sejenis mineral quartz, Amethysts mempunyai variasi warna unggu daripada unggu kemerahan hingga violet kelabu cerah. Perkataan ‘’amethystos’’ datang dari Greek, yang bermaksud "tidak mabuk" kerana warna unggu melambangkan wain, jadi tiada kebetulan bahawa ‘’methy’’ merupakan juga perkataan untuk wain. Kecubung boleh ditemui diserata dunia, termasuk sepanjang USA, Mexico, Brazil, Canada, Africa, Italy, Germany and Russia.

Kecubung, menggambarkan drama dan kegirangan dengan warnanya yang unik, dan merupakan permata yang mudah dikenali. Pemakai kuno percaya bahawa ia boleh melindungi mereka dari mabuk dan intoksikasi. Pada zaman ini, batuan menyerlah ini dikaitkan dengan kestabilan, ketenangan, keseimbangan, keikhlasan dan kedudukan yang tenang. Ia juga digunakan dalam perubatan di Usia Tengah, untuk menghapuskan tidur dan menajamkan fikiran dan mereka masih dikatakan berkesan unutk menyembuhkan simptom penarikan sebarang ketagihan, sakit kepala, insomnia dan untuk penyembuhan umum.

Periksa koleksi tawaran barang kemas Kecubung kami, bukan sahaja untuk mereka yang lahir dibulan Fenruari tetapi juga sebagai hadiah, membekalkan kehangatan, kekuatan dan keberanian tambahan.

Batu Kelahiran bulan Mac - Akuamarin

Batu permata ditunjukkan oleh warnanya yang sejuk, seolah-olah and memakai sebentuk bahagian daripada laut, membawa makna air laut dalam namanya sendiri. Ianya dipercayai bahawa Aquamarines datang daripada peti mati siren, yang terdampar di tepian. Batu permata yang berwarna terang ini boleh didapati di Brazil, China, Colombia, Russia, India and United States.

Disebabkan oleh kaitan mereka dengan lautan, Aquamarines merupakan batu yang suci kepada pelayar, menjanjikan pelayaran yang selamat. Disebabkan oleh warna mereka yang tenang, mereka dipercayai untuk membawa ketenangan dan keamanan kepada pemakai. Rakyat Rom percaya bahawa barang kemas Akuamarin boleh membantu berbaik-baik dengan musuh dan sesetengah percaya bahawa batuan ini mampu membangunkan cinta antara masyarakat.

Aquamarines, disebabkan oleh kesan ketenangannya masih dipercayai amat berguna untuk kesihatan mental dan untuk memupuk ketenangan dalaman. Ketika zaman kuno, batuan permata ini digunakan untuk menyembuhkan sebarang jangkita dan dikatakan sebagai sumber tenaga untuk menyembuhkan masalah mata.

Barang kemas dengan Aquamarines akan menjadi hadiah yang sangat bernilai bukan sahaja untuk mereka yang lahir pada bulan Mac tetapi juga boleh menggunakan Akuamarin sebagai hadiah kepada pengantin sebagai simbol cinta yang berkekalan.

Batu Kelahiran bulan April - Berlian

Mereka yang bertuah yang lahir di bulan April boleh memanggil permata yang paling berharga - berlian sebagai batu kelahiran mereka. Dari perkataan Greek ’adamas’’, yang bermaksud tiada tandingan, berlian benar-benar seiring dengan namanya. Batuan paling keras dan tahan lama, ia seiring dengan simbol cinta yang berkekalan. Batu permata ini amat istimewa untuk pilihan warnanya yang pelbagai, dari warna kristal putih yang paling terkenal, hinggalah yang berwarna gelap. Berlian pada hari ini kebanyakkannya dilombong di South Africa, India, Brazil, Canada and Australia.

Berlian amat dihargai semenjak zaman dahuku kala, iaitu sebelum 400 B.C. Teks sanskrit sendiri sudah menyebut kehebatan kristal ini. Banyak lagenda yang dikaitkan dengan permata ini, dimana ia dipercayai bahawa berlian dicipta dengan penahan petir yang menyambar bumi, dan Greek percaya bahawa berlian merupakan air mata Tuhan yang jatuh daripada bintang.

Disebabkan oleh pelbagai lagenda tentang berlian, keserlahannya dan kehebatannya, mereka dipercayai mempunyai kuasa magis. Batuan ini menggambarkan kepercayaan, kejujuran, kesetiaan, kesucian dan cinta. Ini adalah sebab mengapa berlian menjadi pilihan ramai untuk menjadi cincin pertunangan juga. Batu permata ini juga dikatakan mempunyai kuasa luar biasa yang mampu menyembuhkan penyakit yang melibatkan otak, dan disebabkan kesucian yang dikaitkan dengan mereka, mereka mampu untuk mengeluarkan racun daripada badan.

Memberikan kekuatan, kehebatan berlian dan simbol cinta yang berkekalan bukan hanya untuk mereka yang lahir di bulan April tetapi juga insan yang tersayang.

Batu Kelahiran di Bulan Mei - Zamrud

Dengan warna hijaunya yang terang, Zamrud boleh dikatakan sebagai simbol musim bunga dan tidak asing lagi dengan kegunaannya sebagai batu kelahiran untuk mereka yang lahir pada bulan Mei, dengan sifat hijau yang menyerlah. Dengan warnanya yang terang, lebih tinggi keamatan warna hijaunya, lebih bernilai berlian Zamrud tersebut, hingga kadang kala mengeluarkan tona kebiruan. Nama untuk Emeralds datang secara tidak langsung daripada perkataan ‘’smaragdos’’ dalam bahasa Greek yang merupakan nama untuk beberapa jenis batuan hijau. Batuan ini boleh didapati di Colombia, Brazil, Pakistan, Russia, Australia, South Africa, India, Norway and the United States.

Zamrud dengan warna hijaunya yang mendalam melambangkan hidup yang baru dan mempunyai sikap untuk kehidupan yang baik seprti kejujuran, kesetiaan dan persahabatan. Terdapat pelbagai mitos yang diceritakan tentang Zamrud. Masyarakat Rom percaya bahawa Emeralds dikaitkan dengan dewi Venus, yang melambangkan kesuburan, dewa dan kecantikan. Untuk kuasa penyembuhannya, mereka dipercayai akan menghalang epilepsi, untuk menghentikan pendarahn dan menurunkan demam badan.

Berikan hadiah musim bunga yang menyerlah kepada insan tersayang yang lahir pada bulan Mei dengan batuan Zamrud yang bersinar kehijauan.

Batu Kelahiran bulan Jun - Mutiara

Satu-satunya batu permata yang dicipta oleh benda hidup- tiram dan kerang, mutiara membuatkan mereka yang lahir di bulan Jun untuk mempunyai batu kelahiran yang luar biasa. Mempunyai kepelbagaian warna daripada putih yang banyak dijumpai hinggalah hitam, mutiara adalah hadiah yang terindah daripada lautan. Nama mutiara datang daripada perkataan latin “perna” yang bermaksud "kaki" kerana kulit mollusk yang terbuka menggambarkan kaki kambing. Mutiara kini kebanyakkannya datang dari Japan, China, Australia, Philippines and Indonesia.

Mutiara adalah sangat bernilai sejak zaman Mesir Kuno. Sejak itu, lagenda dan mitos telah bermula, memanggil permata ini sebagai air mata daripada bulan, yang mampu membawa kebaikan, keluhuran dan kepercayaan. Merek dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan, dan merawat pelbagai penyakit termasuklah sakit gila. Mutiara, pada hari ini masih digunakan sebagai ubatan di Asia.

Mutiara, simbol kesucian, boleh menjadi pilihan terbaik untuk cincin pertunangan yang menggambarkan kesucian perasaan yang ada untuk insan tersayang.

Batu Kelahiran bulan Julai - Delima

Pernah dipanggil sebagai "batu berkilauan"dalam cerita Asian Kuno, Delima bukan milik mereka yang lahir di bulan Julai secara tidak sengaja, seolah-olah ia membawa kehangatan musim panas. Nama Delima datang dari perkataan Latin iaitu “ruber”, yang bermaksud merah. Menjadi salah satu daripada empat batuan paling bernilai, Delima mempunyai nilai mereka diukur melalui warna, dikalangan perkara-perkara lain. Lebih cerah dan "merah berdarah" Delima tersebut, lebih tinggi nilai batu permata ini. Warnanya yang luar biasa dan kekerasannya, hanya kalah kepada berlian, membuatkan Delima sebagai salah satu batuan yang paling bernilai diserata dunia.

Delima boleh didapati di Burma, Sri Lanka, United States, India, Australia, Pakistan, Nepal, Afghanistan, Brazil, Myanmar and Thailand.

Disebabkan warnanya yang merah menyala, Delima menjadi simbol semangat, keberanian, tenaga dan melindungi pemakainya daripada salah faham dan pemikiran yang merbahaya. Mereka dikaitkan dengan kecergasan, keberanian, tenaga kehidupan, dan membawa kebahagian dalam percintaan. Disebabkan oleh sebab-sebab diatas, Delima adalah sangat sesuai untuk cincin pertunangan untuk memaparkan kekuatan cinta yang bersinar.

Batu Kelahiran bulan Ogos - Peridot

Dikalangan batu permata tertua yang dikenali, Peridot adalah batuan untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos. Peridot, sebagai simbol matahari, membawa warna hijau yang terang untuk bulan terakhir musim panas. Peridot adalah salah satu batuan, yang tidak datang dalam warna yang berbeza-beza tetapi mereka agak berbeza dari segi keterangan warna hijaunya, dari hijau zaitun hingga hue coklat yang lebih gelap. Peridot boleh dijumpai di Brazil, Burma, Australia, Kenya, Mexico dan Sri Lanka.

Asal usul nama Peridot tidak begitu jelas tetapi dikatakan datang dari perkataan Greek “peridona”, yang bermakna " memberi dengan banyak". Permata ini membawa makna ini hingga hari ini, kerana ia dipercayai membawa kemewahan dan nasib baik. Disebabkan oleh kaitannya dengan simbol matahari, Peridots dikatakan boleh membantu depresi, mengurangkan stres dan emosi negatif, membuang toksin dalam badan, dan juga berguna untuk rambut, kulit dan kuku.

Peridot bukan sahaja hadiah yang sempurna untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos untuk melimpahi mereka dengan kemewahan dan keserlahan musim panas, tetapi juga sempurna untuk cincin pertunangan kerana mereka dikatakan membuat hubungan manusia lebih harmoni.

Batu Kelahiran bulan September - Nilam

Terkenal semenjak Usia Pertengahan, Nilam adalah batu permata untuk mereka yang lahir pada bulan September. Batuan ini hadir dalam warna yang berbeza, tetapi mereka amat terkenal dengan warna biru terang. Nama mereka juga datang daripada beberapa bahasa kuno tetapi salah satu penjelasan utama ialah daripada bahasa Latin “sapphirus” yang bermaksud "biru". Nilam boleh didapati di India, Myanmar, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, China, Australia, Brazil, Africa dan North America.
Disebabkan oleh kuasa ketenangan warna birunya, Sapphires dipercayai membawa keamanan, harmoni dan membantu minda anda lebih fokus. Sejak Usia Pertengahan mereka dipercayai mampu menguatkan kebijaksanaan. Mereka melambangkan keikhlasan, kejujuran, dan kesetiaan dan disebabkan ini, barang kemas dengan sapphires bukan saja menjadi hadiah yang sempurna untuk mereka yang lahir di bulan September, tetapi juga sempurna untuk cincin pertunangan, yang mampu untuk menggambarkan betapa luar biasanya cinta anda. Nilam merupakan batuan yang digunakan untuk cincin pertunangan Puteri Diana, yang membuktikan kehebatan yang dibawa oleh batuan ini!

Batu Kelahiran bulan Oktober - Tourmaline Merah Jambu

Tourmaline datang dalam pelbagai warna, tetapi warna merah jambu terang ialah yang didedikasikan untuk bulan Oktober. Secara umumnya, nama tersebut bermakna "batuan campuran warna" dan datang dari perkataan Sinhalese iaitu “‘tura mali”. Mungkin disebabkan oleh warna mereka, Tourmaline Merah Jambu dikaitkan dengan Chakra hati dan dikatakan boleh membuka hati untuk cinta yang tiada tandingan. Tourmaline Merah Jambu boleh dijumpai di Brazil, Sri Lanka, Nigeria, Mozambique, Madagascar, Afghanistan, Pakistan dan the United States. Pelbagai lagenda mengelilingi batuan ini. Di zaman dahulu, Tourmaline dipercayai memberikan perlindungan magis terhadap kuasa jahat dan dikatakan sebagai batu yang mempunyai kuasa mistik terbanyak. Tourmaline Merah Jambu dipercayai hingga hari ini mampu melancarkan, dan mengurangkan keresahan dan tekanan.
Memberikan hadiah kepada mereka yang lahir bulan Oktober, Tourmaline merah jambu akan menunjukkan bagaimana anda menghargai seseorang itu. Menggambarkan belas kasihan, kelembutan dan kekuatan cinta anda dengan Tourmaline merah jambu .

Batu Kelahiran bulan November - Sitrin

Seolah-olah membawa cahaya dan kehangatan ketika bulan yang sejuk ini, Sitrin dengan warnanya yang terang menjadi batuan untuk bulan November. Nama batuan ini agak mudah dijelaskan, kerana Sitrin mengingatkan tentang buah citrus. Batuan ini boleh didapati di Brazil, Bolivia, Africa dan Russia.
Lagenda mengatakan bahawa batuan Sitrin mampu membuka minda anda sekali gus menguatkan kuasa mistik anda. Mereka masih lagi dipercayai untuk mempunyai kuasa penyembuhan dan melegakan, untuk menghilangkan keresahan, gemuruh dan membuatkan hari-hari anda kurang tertekan. Sepatutnya warna batuan ini ialah warna yang terang, oleh itu, Citrines dikaitkan dengan kegirangan dan kegembiraan, membuatkan pemakainya lebih harapan dan semangat dalam keadaan yang sukar.
Sitrin merupakan hadiah terbaik yang boleh diberikan bukan sahaja untuk mereka yang lahir pada bulan November tetapi juga batuan yang girang ini akan membawa senyuman kepada wajah insan-insan yang tersayang.

Batu Kelahiran bulan Disember - Tanzanit

Mereka yang lahir pada bulan Disember mempunyai batuan yang luar biasa. Tanzanit merupakan salah satu permata yang baru-baru ini dijumpai. Dengan sejarahnya yang agak moden, Tanzanit walau bagaimanpun telah mendapat kekaguman kerana warna biru terangnya. Batuan ini agak jarang ditemui dan salah satu tempat yang dikatakan bertuah ialah di Tanzania.
Memandangkan Tanzanit agak baru dalam sejarah, lagenda dan mitos masih lagi belum dikaitkan dengannya. Namun, Tanzanites telah ditemui oleh Tiffany & Co yang telah memberi batuan itu nama disebabkan oleh asal usulnya dan memperkenalkannya di seluruh dunia, membuatkan Tanzanit salah satu batu permata yang disukai sekarang.
Barang kemas dengan Tanzanit merupakan hadiah terbaik bukan saja untuk mereka yang lahir di bulan Disember, tetapi kepada sesiapa sahaja yang anda sayangi. Berilah satu batu permata yang akan mencipta dan mengubah sejarah barang kemas!