Loading...

PENDIDIKAN MUTIARA

PEARL EDUCATION

Mutiara terbentuk disebabkan respon imuniti didalam kerang sesetengah moluska, yang menjadi mekanisma pertahanan ke atas sebarang gangguan seperti parasit atau ugutan luar yang mungkin mencederakan tisu mantel. Bahagian kecil tisu mantel dari kerang penderma dipindahkan ke kerang penerima, yang menyebabkan pembentukan kantung mutiara, dimana tisu deposit kalsium karbonat. Mutiara dianggap bahagian barang kemas yang feminin dan dikaitkan dengan bulan dan planet Venus.

Saiz

Saiz mutiara kebiasaannya diterangkan dalam milimeter, selain daripada beratnya. Lebih besar saiznya, lebih tinggi harganya, tetapi mengenai saiz mutiara,lompatan harga adalah tidak sekata. Apabila saiznya mencapai skala 8-9mm dari diameter dan keatas, harganya akan meningkat dengan lebih banyak berbanding skala diameter ke bawah.

Bentuk

Mutiara hadir dalam bentuk bulat dan bujur, mereka boleh berbentuk pir atau lebih tidak sekata. Ianya dipanggil sebagai "mutiara baroque". Sfera simetri atau titisan simetri adalah antara bentuk yang paling bernilai. Saiz tipikal mutiara di antara 2mm dan 16mm diameter dan saiznya bergantung dengan jenis moluska yang membentuk mereka.

Kejelasan

Kualiti kejelasan yang baik bermakna mutiara tersebut datang dengan ciri kilauan mutiara dan mempunyai refleksi yang cerah dan tajam di permukaannya. Mereka boleh menjadi halus dan bebas tompok dan lapisan nacre yang sesuai akan wujud,untuk meningkatkan kekerasannya.

Warna

Mutiara datang dalam pelbagai Warna, dari putih hingga ke hitam. Warna semulajadinya ialah hasil kombinasi beberapa faktor seperti warna asas mutiara,satu atau lebih warna menutupi warna badan,dan juga memainkan kilauan berwarna-warni. Ia mungkin disebabkan oleh kombinasi warna seperti merah jambu,hijau,biru ataupun perak dan mereka akan berubah apabila mutiara berada ditangan anda.