Loading...

Polisi Harga

Polisi harga kami menggambarkan matlamat untuk mengekalkan harga terbaik di pasaran sambil menawarkan kualiti yang tinggi. GLAMIRA dengan bangga berdiri di belakang produk kami, sambil menawarkan pelbagai reka bentuk dan peluang untuk pengubahan. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan harga kami serendah mungkin, tanpa berkompromi dengan kualiti produk.

GLAMIRA beroperasi di atas talian mengelakkan kos yang tidak penting sambil pekedai perlu terikat dengan kos yang tinggi ketika beroperasi di kedai fizikal.

Bagaiamana Kami Kekalkan Harga Yang Rendah

  • Asas yang kukuh di pasaran barang kemas - Dengan pengalaman hampir dua dekad dalam pasaran barang kemas, kami tahu bagaimana untuk menguruskan kos kami disetiap peringkat.

  • Langsung dari sumber - Semua batu permata dan barang kemas. Setiap langkah di model runcit tipikal mempengaruhi harga akhir produk. Kamilah pengilangnya, meliputi segala fasa yang terlibat dalam prosesnya, dari sentuhan pertama pen dan kertas, hinggalah produk diserahkan kepada penghantar. Dengan mengecualikan diri dari peniaga,pengimport,pemborong dan kedai tepi jalan, kami mampu memberi penjimatan yang besar kepada para pelanggan.

  • Kerjasama yang lama dengan pembekal yang diyakini - Mengenalpasti sumber bahan yang terbaik dan mengekalkan hubungan sihat dengan para pembekal membenarkan kami menjimatkan kos yang diperlukan untuk penghasilan dengan hasil dalam harga akhir produk yang munasabah. Kaitan jangka-lama yang telah lama wujud dengan sumber yang diyakini untuk kualiti terbaik bahan asli kami membenarkan kami untuk menawarkan harga terbaik di pasaran hari ini.

  • Kelebihan beroperasi secara atas talian - Membenarkan kami menjimatkan belanja fasiliti, penyelenggaraan dan pekerja yang diperlukan untuk sesebuah kedai fizikal, yang akan memberi kesan terhadap harga akhir produk.

  • Tiada stok - Dapatkan apa yang anda mahu, bukan apa yang kami ada- Memandangkan kami pengilang membuat setiap pesanan dari awal mengikut kesukaan anda dan khas, keputusannya ialah penggunaan bahan kami dengan bijak dan kami berjimat daripada kos penyimpanan kerana kami tidak bekerja dengan stok. Kami mampu menawarkan pilihan terbaik dengan bajet yang anda mahukan, sebagai tambahan dengan menyediakan kemungkinan untuk logam, batuan,karat, saiz dan pilihan lain

    Kami meletakkan usaha yang kuat untuk menyediakan harga yang terbaik seiring dengan produk yang berkualiti tinggi. Untuk mencapai matlamat ini, kami tidak boleh mencipta banyak barangan untuk pelanggan untuk tujuan perbandingan. Dalam kes pembelian perbandigan, GLAMIRA berhak unutk membatalkan satu atau beberapa barangan daripada pesanan.

  • Pakar dalaman - Pereka bentuk, gemologi,pakar barang kemas mengenalpasti bahan dan kualitinya (logam &batuan), mencipta rekaan baru dan menghasilkan semuanya di bawah satu nama tanpa kos operasi tambahan.

  • Tiada caj tersembunyi - Anda mereka khas barangan anda dengan memilih semua ciri mengikut kesukaan. Kami tidak akan menambah kos yang tidak munasabah dalam produk kami, oleh itu anda hanya perlu bayar untuk nilai apa yang telah anda beli.

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang polisi etika sumber kami.