Loading...

POLISI KESELAMATAN

Kami memastikan laman web kami selamat daripada sistem lain dengan penggunaan langkah teknikal dan organisasi ke atas kehilangan, kemusnahan,akses, pengubahan atau pengagihan data anda oleh pihak yang tidak diluluskan. Ini dilaksanakan supaya kami boleh memastikan anda selamat ketika menerokai laman web kami dan amat penting bagi kami supaya maklumat sulit anda di pelihara. Data yang anda berikan kepada kami hanya akan digunakan untuk tujuan memproses pesanan anda dan tidak akan dikongsi dengan pihak lain, sama ada untuk penggunaan komersial atau aktiviti yang mencurigakan.

Dengan meletakkan pesanan anda kepada kami, anda telah bersetuju dengan Polisi Privasi kami bahawa maklumat yang anda kongsikan kepada kami akan digunakan untuk memastikan kepuasan anda sebagai pelanggan, seperti memastikan anda menjejaki pesanan anda, membandingkan maklumat, menghalang penipuan, mengenalpasti produk dan servis pilihan anda dan memberikan anda dengan panduan yang berguna untuk memiliki mereka dan juga sebarang aktiviti lain yang boleh meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

SSL

Kami memastikan data anda akan diuruskan dengan ketat dan diletakkan dengan SSL (Secure-Socket-Layer) softrware server yang selamat. Maklumat sulit pesanan anda, nama, alamat, kad kredit atau maklumat bank tidak boleh dibaca oleh pihak ketiga. Ini ditunjukkan dengan ikon "kunci" untuk mana-mana laman web yang menggunakan SSL dan diletakkan di permulaan bar alamat anda sebelum alamat web tersebut.

Keselamatan Data

Kami menjamin keselamatan nombor kad anda, transaksi, nombor keselamatan sosial dan sebarang bentuk data peribadi kerana mereka akan dihantar dengan selamat di antara anda sebagai pelanggan dan domain kami. Terima kasih kepada teknologi SSL yang menyediakan pemindahan maklumat antara pelanggan dan server, tanpa dibocorkan kepada pihak ketiga dan memastikan maklumat yang dipindahkan digunakan hanya untuk tujuan yang telah dipersetujui oleh pelanggan ketika menerokai laman web tertentu.

Pematuhan PCI

GLAMIRA memegang semua data dengan selamat dengan pengeluar Pematuhan PCI (Payment Card Industry) . Kami, sebagai syarikat yang berpengalaman, sedar tentang kepentingan untuk pelanggan berasa selamat ketika membeli di atas talian dan kami akui bahawa menyimpan data mereka terutamanya maklumat kad kredit adalah sangat penting untuk perniagaan yang berjaya. Pematuhan PCI menyediakan keselamatan kad,sama ada kad kredit, debit ataupun kad tunai yang optimum. Ini merupakan kumpulan polisi yang tersebar luas dan diterima dengan niat untuk melindungi maklumat peribadi klien dan menjamin keselamatan mereka semasa menerokai atau membayar atas talian. Ia juga melindungi penyalahgunaan maklumat peribadi dan pembayaran.