Loading...

PANDUAN SAIZ CINCIN

Saiz cincin yang betul sangat penting untuk saat yang paling istimewa. Cincin tersebut mestilah cukup ketat supaya tidak jatuh, tetapi juga perlu longgar untuk melalui buku jari anda. Waktu dan hari serta cuaca juga akan memberi kesan terhadap ukuran. Ketika waktu pagi atau cuaca sejuk, jari akan menjadi lebih kecil dan apabila cuaca panas, jari akan menjadi lebih besar. Waktu petang ialah masa terbaik untuk mengukur jari anda semasa cuaca masih suam. Jika anda ragu-ragu antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar. Jika buku jari anda lebih besar daripada asas jari anda, ukur kedua-dua buku jari dan asas jari anda dan pilih salah satu saiz di antara keduanya. Ianya lebih baik untuk mengukur jari anda beberapa kali pada waktu siang. Jika cincin itu untuk kejutan, anda boleh meminta tolong rakan atau ahli keluarganya supaya anda boleh meminjam cincinnya secara rahsia dan pergi ke tukang kemas untuk mendapatkan saiznya, Sila maklum bahawa tangan kanan dan tangan kiri adalah berbeza maka saiz jari juga adalah berbeza.

Saiz Cincin Biasa

Kami memahami bahawa ia mungkin sukar untuk memilih saiz cincin yang tepat secara atas talian, terutamanya jika ia adalah untuk kejutan hadiah, anda perlu meneka saiz cincin.

Jika anda merancang untuk membuat kejutan dan tidak pasti tentang saiz cincin, anda boleh memesan saiz cincin purata dan hantarkan semula kepada kami untuk penukaran saiz dalam 60 hari pertama resit produk anda.

Purata saiz cincin berbeza di antara L1/2-N untuk wanita dan S-T1/2 untuk lelaki.

Aplikasi Pengukur Saiz Cincin Percuma


Tiada lagi hari-hari meneka saiz cincin anda atau menunggu alat pengukur cincin melalui pos. Aplikasi Pengukur Cincin kami membawa kepakaran tukang emas terus ke hujung jari anda, menggabungkan kemudahan penggunaan dengan ketepatan yang tidak ternilai. Dengan memanfaatkan kuasa kamera telefon pintar anda dan teknologi analisis imej yang canggih, aplikasi kami menyediakan pengalaman pengukuran cincin yang cepat dan tepat.

Berbelanja dengan Yakin:
Dengan Aplikasi Pengukur Cincin kami, pembelian cincin seterusnya anda akan menjadi pilihan yang sempurna untuk gaya dan jari anda. Gunakan aplikasi ini, ukur saiz cincin anda, dan melangkah ke dalam dunia perhiasan tempahan khas hari ini.

Sedia untuk mencari padanan sempurna anda?
Klik butang di bawah untuk menggunakan Aplikasi Pengukur Cincin dan pastikan cincin seterusnya anda tepat saiznya. Tersedia untuk peranti iOS dan Android.

Pengukur Cincin Percuma dari GLAMIRA

Common Ring Sizes

Pengukur cincin ialah alat untuk mengukur saiz cincin anda. Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mengambil peluang pada tawaran kami, memandangkan pengukur saiz itu sendiri dan penghantarannya adalah percuma dan ini adalah cara paling tepat untuk mendapatkan saiz cincin anda.

Printable Ring Sizer

Pengukur Cincin yang boleh Dicetak

Jika majlis anda tidak lama lagi, anda boleh mencetak pengukur saiz cincin percuma dalam format PDF yang disertakan dengan arahan. Muat turun pengukur cincin percuma anda dalam format PDF disini.

Jika anda masih tidak yakin saiz apakah yang terbaik untuk anda, anda dialu-alukan untuk menghubungi pakar kami untuk berbincang dengan selanjutnya. Hubungi Kami 

Petua untuk Mengukur Saiz Cincin

  • Suhu boleh menyebabkan bacaan yang tidak tepat apabila mengukur saiz cincin anda. Jari anda boleh menjadi separuh lebih kecil apabila tangan anda terlalu sejuk dan separuh besar apabila tangan anda panas. Ukur jari anda di suhu purata, sebaik-baiknya di penghujung hari apabila jari anda paling besar.
  • Lebih besar lilitan cincin anda, lebih ketat akan anda rasakan. Jadi jika anda mahu memesan lilitan yang lebih kurang 6mm atau lebih, bergerak ke atas satu saiz daripada saiz normal yang dipakai. Tambahan pula, cincin dengan batu yang besar mungkin menyebabkan lilitan akan terangkat apabila diletakkan disisinya. Sila ingat bahawa anda perlu memesan cincin untuk saiz seterusnya jika ia lari sedikit dari saiznya.
  • Jika buku jari anda lebih besar daripada asas jari anda, ukur kedua-dua buku jari dan asas jari anda dan pilih salah satu saiz di antara keduanya.
  • Cincin anda patut cukup sendat supaya tidak jatuh dan cukup longgar untuk melalui buku jari anda, Jika anda ragu-ragu antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar.
  • Ulangi ukuran 3 ke 4 kali untuk menghapuskan kesilapan.

Nota Penting

  • Sila elakkan daripada menukar saiz barangan anda dengan pihak ketiga seperti tukang emas yang lain atau orang lain selain GLAMIRA kerana ia akan membatalkan waranti seumur hidup anda.
  • Sila ambil perhatian bahawa proses penukaran saiz boleh mengambil sehingga 25 hari bekerja bergantung kepada produk dan cincin yang telah ditukar saiz tidak layak untuk pembayaran semula.

Carta Saiz Cincin

Di bawah anda boleh mendapati piawaian biasa saiz cincin bersama dengan diameter dan lilitan yang berkenaan.

DIAMETER Circumference (mm) MY UK
12.7 39.9 - C
13 40.8 - D
13.3 41.8 - D 1/2
13.5 42.4 - E
13.6 42.7 - E 1/2
14 44.0 4 F
14.1 44.3 - F 1/2
14.3 44.9 5 G
14.5 45.6 - G 1/2
14.6 45.9 6 H
15 47.1 7 H 1/2
15.1 47.4 - I
15.3 48.1 8 I 1/2
15.5 48.7 - J
15.6 49.0 8 1/2 J 1/2
15.7 49.3 9 -
15.9 50.0 10 K
16.1 50.6 - K 1/2
16.2 50.9 10 1/2 L
16.3 51.2 11 -
16.5 51.8 12 L 1/2
16.7 52.5 - M
16.9 53.1 13 M 1/2
17.1 53.7 - N
17.2 54.0 13 1/2 N 1/2
17.3 54.3 14 -
17.5 55.0 15 O
17.7 55.6 16 O 1/2
17.8 55.9 - P
18.1 56.9 17 P 1/2
18.3 57.5 - Q
18.5 58.1 18 Q 1/2
18.8 59.1 - R
18.9 59.4 19 R 1/2
19.1 60.0 20 S
19.4 60.9 21 -
19.5 61.3 - S 1/2
19.6 61.6 - T
19.8 62.2 22 T 1/2
19.9 62.5 - U
20 62.8 23 U 1/2
20.3 63.8 24 V
20.6 64.7 25 V 1/2
20.7 65.0 - W
21 66.0 26 W 1/2
21.2 66.6 27 X
21.3 66.9 - X 1/2
21.6 67.9 28 Y
21.8 68.5 - Y 1/2
21.9 68.8 - Z
22.1 69.4 29 -
22.3 70.1 30 Z 1/2
22.4 70.4 - Z+1
22.7 71.3 31 Z+2
22.9 71.9 32 Z+3
23.2 72.9 33 Z+4
23.5 73.8 34 Z+5
23.8 74.8 35 Z+6
24.2 76.0 36 Z+7