403 Forbidden

403 Forbidden

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda?

Loading...
Account
Membeli-belah Barang Kemas
Adakah saya perlu menciptakan akaun GLAMIRA untuk membeli?

Tidak, anda tidak perlu mempunyai akaun GLAMIRA untuk membuat pesanan, anda boleh memesan sebagai tetamu. Bagaimanapun, mempunyai akaun GLAMIRA ada banyak kebaikannya. Contohnya, ia memberikan anda peluang untuk menyunting atau membatalkan pesanan anda dalam masa 30 minit selepas anda membuat pesanan. Anda juga boleh mengelog masuk ke akaun anda pada bila-bila masa dan melihat status semasa pesanan anda dalam sejarah pesanan anda. Mendaftarkan akaun GLAMIRA adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada seminit.

Bagaimanakah harga anda lebih rendah berbanding penjual barang kemas lain?

GLAMIRA beroperasi secara dalam talian bagi mengelakkan banyak kos tak perlu sementara banyak peruncit dikenakan kos yang tinggi untuk beroperasi di dalam kedai. Anda boleh membaca Polisi Harga kami untuk lebih maklumat.

Apakah jaminan seumur hidup?

Jaminan seumur hidup menjamin yang kami akan menservis produk anda secara percuma untuk seumur hidup jika terdapat apa-apa kerosakan daripada pengilang. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimanakah saya tahu bahawa syarikat anda benar?
GLAMIRA beroperasi di seluruh dunia dengan kemunculan di 6 buah negara; AS, Australia, Jerman, Switzerland, Bulgaria dan Turki. Setiap pejabat kami didaftarkan dengan pihak berkuasa undang-undang dan komersial di negaranya. Kami merupakan syarikat bertapak dan kami bekerja secara berterusan untuk mengembangkan pejabat tempatan kami untuk memberikan pelanggan kami perkhidmatan yang lebih baik.
Bagaimanakah boleh saya memperibadikan item?

Laman web kami memberikan anda kawalan penuh terhadap mana-mana item barang kemas yang ingin anda beli. Kami mempunyai pelbagai pilihan untuk logam, batu permata, karat batu dan ciri-ciri produk lain seperti kelebaran, ketebalan, profil dan permukaan (kesudahan) bergantung kepada reka bentuk.

Siapakah yang mereka bentuk barang kemas GLAMIRA?

GLAMIRA mempunyai sepasukan besar pereka dalaman. Setiap reka bentuk dihasilkan oleh pereka berdedikasi GLAMIRA.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima pesanan saya? Bolehkah anda menghantarkan pada hari yang sama?

Setiap produk GLAMIRA direka khas dan dihasilkan berdasarkan pilihan pelanggan. Kami tidak bekerja dengan stok dan setiap produk perlu melalui proses penghasilan. Kami bekerja secara berterusan untuk memperbaiki masa penghasilan untuk memastikan kami menghantarkan produk kami secepat mungkin. Apabila anda memilih item di laman web kami, anda akan melihat tarikh anggaran penghantaran untuk produk tersebut. Jika anda mempunyai acara atau peristiwa istimewa yang akan datang, anda juga boleh memilih daripada pelbagai pilihan pengendalian dan penghantaran yang akan membantu anda menerima produk anda lebih cepat berbanding masa penghantaran standard.

Bolehkah saya mengubah atau membatalkan pesanan saya?

Ya, anda boleh menyunting beberapa butiran pesanan anda (seperti saiz cincin, menambah atau membuang logo glamira dan ukiran peribadi) atau juga membatalkannya dalam masa 30 minit pertama selepas anda membuat pesanan. Anda perlu mengelog masuk ke akaun GLAMIRA anda terdahulu. Apabila anda telah mengelog masuk, anda boleh melawati halaman "Akaun Saya", lihat pesanan anda dan sunting atau batalkan pesanan anda. Penyuntingan atau pembatalan pesanan hanya boleh dilakukan oleh pelanggan, bukan oleh pasukan sokongan pelanggan.

Sekiranya anda memutuskan untuk mengedit pesanan anda, anda boleh melakukannya dengan mudah di laman web kami dalam 3 hari pertama dari pembelian anda. Perhatikan bahawa pembatalan hanya dapat dilakukan dalam satu hari setelah membuat pesanan anda. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk pengubahsuaian atau pembatalan pesanan :

1 - Log masuk ke akaun GLAMIRA anda. Jika anda tiada akaun GLAMIRA, anda boleh membuat akaun dengan mudah dengan mengklik butang LOG MASUK/DAFTAR di bahagian atas halaman ini.

2 - Selepas anda log masuk, pergi ke halaman Akaun Saya dan klik "Pesanan Saya" pada menu di bahagian kiri.

3 - Cari pesanan anda dan klik "Batal" untuk membatalkan pesanan anda atau klik "Sunting" untuk mengubah suai butiran pesanan anda. Sekiranya butang "Batal" tidak muncul, pesanan anda tidak dapat dibatalkan lagi.

Sila ambil perhatian bahawa pesanan yang sedang diproses tidak boleh dibatalkan atau diubah suai. Anda akan diberitahu pada tarikh penghantaran yang dikemas kini sekiranya berlaku kelewatan.

*Permintaan pembatalan dan pengubahsuaian hanya berlaku untuk pesanan yang belum menyelesaikan proses penghasilan.

Adakah anda mempunyai kedai sebenar?

Buat masa ini GLAMIRA hanya menjual dalam talian untuk memberikan anda pilihan pelbagai terbesar yang mungkin.

Adakah terdapat mana-mana kedai yang menjual barang kemas GLAMIRA berdekatan saya?

Kami tidak mempunyai mana-mana persetujuan komersial atau rakan B2B buat masa ini. Jika anda melihat produk GLAMIRA dijual oleh mana-mana penjual barang kemas lain, itu bermakna yang itu bukanlah produk GLAMIRA yang asli dan bukan bawah waranti kami.

Adakah anda menghantarkan produk demo supaya saya boleh melihat sebelum membuat pesanan?

Kami tidak menawarkan mana-mana produk demo tetapi kami menawarkan Polisi Pemulangan yang sangat fleksibel, jadi anda tidak perlu risau tentang membuat pesanan dan tidak menyukainya. Polisi Pemulangan kami memberikan anda peluang untuk memulangkan produk anda dalam masa 60 hari selepas penerimaan pesanan anda selagi mematuhi syarat pemulangan. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lanjut.

Apakah yang terjadi jika cincin saya tidak muat?

Jangan risau jika cincin anda tidak muat jari anda kerana anda boleh memulangkan cincin anda untuk mengubah saiz secara percuma dalam masa 60 hari pertama selepas penerimaan pesanan anda. Sila baca Polisi Pemulangan kami untuk maklumat lanjut.

Apakah kredit kedai?

Kredit kedai sama seperti wang tunai di dalam dompet anda dan ia berpautan dengan akaun GLAMIRA anda. Ia membolehkan anda membeli barang kemas di kedai dalam talian GLAMIRA tanpa perlu memasukkan maklumat kad kredit anda atau maklumat pembayaran lain.

Bilakah tarikh luput kredit kedai saya?

Kredit kedai GLAMIRA tiada tarikh luput, ia sah selagi anda mempunyai akaun GLAMIRA.

Adakah kotak hadiah GLAMIRA tersedia untuk dibeli?

Kotak hadiah GLAMIRA hanya disediakan dengan pembelian dan tidak boleh dijual secara berasingan.

Bagaimanakah saya tahu jika produk yang saya pilih boleh diukir?

Jika produk yang anda ingin beli boleh diukir, anda akan melihat pilihan ukiran pada halaman produk.

Adakah bermanfaat untuk membeli secara dalam talian di GLAMIRA?

Membeli di laman web GLAMIRA sama seperti mempunyai sebuah kedai barang kemas peribadi yang dikhaskan untuk anda. Ia sangat mudah untuk menengok-nengok mana-mana produk dan melihatnya dengan kombinasi logam dan batu permata pilihan anda. Kedai ini tersedia untuk anda 24jam/hari dan anda boleh mengaksesnya dengan selesa di rumah, pejabat atau cafe semasa anda berehat atau berborak dengan kawan-kawan.

Kedai dalam talian GLAMIRA menawarkan pelbagai cara pembayaran termasuk pasukan sokongan pelanggan yang mementingkan pelanggan yang akan membantu anda dengan apa-apa soalan. Lebih lagi, anda tidak perlu membuat apa-apa selain membuat bayaran dan menunggu bungkusan! Produk anda akan dihasilkan dengan berhati-hati hanya untuk anda dan dihantarkan ke pintu anda. Dan semua ini pada harga yang berpatutan dengan standard kualiti tertinggi. Ambil masa dan tengok-tengok produk kami untuk menerokai lebih banyak manfaat!

Mengapakah saya tidak menerima e-mel pengesahan bagi pesanan saya?

Jika anda menunggu e-mel pengesahan pesanan tetapi anda belum menerimanya, sila pastikan bayaran anda telah lepas dan anda telah melihat halaman pengesahan pesanan di laman web kami. Jika anda pasti transaksi telah berjaya, periksa folder spam anda untuk memastikan e-mel pen gesahan tidak disekat oleh inbox anda. Jika anda masih tidak dapat melihatnya, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami untuk bantuan. Jangan lupa untuk menambahkan kami ke senarai e-mel selamat anda, jika anda menggunakan tetapan keselamatan tinggi untuk inbox anda. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami dengan melawati pautan ini:https://www.glamira.com.my/contact/

Adakah cincin anda berongga di dalam?

Tidak, cincin kami tidak berongga di dalam. Produk kami padu dan dihasilkan berdasarkan ciri logam yang dipilih oleh pelanggan.

Saya tidak boleh memilih negara lain untuk alamat penghantaran saya. Bagaimanakah saya mahu menghantar ke negara lain?

Kedai GLAMIRA berada di negara tertentu dan penghantaran ke negara lain adalah tidak mungkin disebabkan aturan penghantaran dan keperluan cukai. Jika anda ingin menghantarkan ke negara lain, anda mesti membuat pesanan di kedai GLAMIRA di negara berkenaan.

Bagaimanakah untuk mencari saiz cincin saya?

Cara terbaik untuk mengetahui saiz cincin anda adalah dengan memesan pengukur saiz cincin percuma di laman web kami. Pengukur saiz cincin merupakan alat plastik yang anda boleh pakai seperti cincin dan mengetahui saiz yang tepat. Anda boleh memesan ini dengan melawati mana-mana halaman cincin di laman web kami dan klik pilihan "Cari Saiz Cincin Anda". Sila periksa Panduan Saiz Cincin kami untuk maklumat lanjut.

Bolehkah kami melihat gambar sebenar cincin?

Anda boleh melihat gambar produk degan imej 3Dnya di halaman produk. Anda juga boleh menatal ke bawah pada halaman produk untuk melihat jika terdapat mana-mana gambar yang dikongsikan oleh pelanggan kami untuk rujukan lanjut.

Saya bercadang untuk memberikan pasangan saya kejutan. Apakah saiz cincin pertunangan yang patut dibeli?

Jika anda merancang kejutan dan tidak pasti tentang saiz cincin, anda boleh sentiasa memesan saiz cincin sederhana dan memulangkannya kepada kami untuk menukar saiz dalam masa 60 hari pertama selepas penerimaan produk anda.

Saiz cincin sederhana berbeza antara L1/2-N untuk wanita dan S-T1/2 untuk lelaki. Sila periksa Panduan Saiz Cincin kami untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya memesan beberapa item untuk melihat produk anda dan membandingkannya?

Setiap produk GLAMIRA direka khas dan dihasilkan berdasarkan pilihan pelanggan. Kami tidak bekerja dengan stok dan setiap produk perlu melalui proses penghasilan. Inilah sebabnya kami meminta pelanggan kami untuk mengelakkan pembelian perbandingan dan hanya memesan item yang mereka suka. Sila ingat yang kami mempunyai polisi menukar saiz percuma selama 60 hari dan kami membuat yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan kami dengan produk yang mereka pilih. Jika anda perlu menukar saiz cincin atau anda tidak puas hati dengan produk anda, kami sedia membantu anda. Pesanan termasuk item pembelian perbandingan kemungkinan besar akan dibatalkan sebelum proses penghasilan.

Saya telah memilih saiz cincin yang salah semasa membuat pesanan. Bolehkah saya mengubahnya sebelum penghasilan?

Ya, anda boleh menyunting saiz cincin anda dalam masa 30 minit pertama selepas anda membuat pesanan. Anda perlu mengelog masuk ke akaun GLAMIRA anda terdahulu. Apabila anda telah mengelog masuk, anda boleh melawati halaman "Akaun Saya", lihat pesanan anda dan klik sunting. Ini hanya boleh dilakukan oleh pelanggan, bukan oleh pasukan sokongan pelanggan.

Saya telah membuat pesanan beberapa hari lepas dan penghasilan belum selesai. Saya perasan yang saya telah memilih saiz cincin yang salah. Bolehkah saya menukar saiz cincin sebelum anda menghantarkan produk?

Memandangkan penghasilan dan sistem pemulangan kami adalah automatik sepenuhnya, kami tidak boleh menukarkan proses secara manual. Menukar saiz cincin hanya mungkin selepas anda memasukkan saiz cincin yang betul di borang pemulangan dalam talian kami dan menghantarkannya ke sistem kami. Sila tunggu sehingga anda menerima produk anda dan ikuti langkah menukar saiz. Sementara itu, anda juga boleh meminta pengukur saiz cincin percuma untuk memastikan saiz cincin baharu anda betul.

Saya mendapat baucer GLAMIRA daripada sebuah laman web tetapi ia tidak memberikan saya potongan harga di laman anda. Saya mendapat mesej ralat "Kod tidak sah". Apakah patut saya buat?

Baucer GLAMIRA hanya boleh diterima daripada kempen GLAMIRA di kedai dalam talian kami termasuk kempen surat berita dan akaun media sosial kami. Kami tidak bekerja dengan pihak ke-3 untuk apa-apa jenis baucer atau kod diskaun. Sila langgan surat berita kami dan ikuti kami di media sosial untuk mendengar tentang kempen promosi.

Bagaimanakah boleh saya mendapatkan baucer?

Anda boleh melanggan surat berita kami dan mengikuti kami di media sosial untuk memenangi baucer dan kod diskaun.

Di manakah patut saya masukkan kod kupon?

Apabila anda memasukkan produk ke dalam beg beli-belah anda dan terus ke daftar keluar, anda akan melihat ruang Kad Hadiah / Baucer di halaman cara pembayaran. Sila masukkan kod sebelum anda membuat bayaran dan pastikan diskaun telah diberikan. Diskaun tidak boleh diberikan selepas pesanan dibuat.

Bagaimanakah boleh saya gunakan kredit kedai?

Apabila anda memasukkan produk ke dalam beg beli-belah anda dan terus ke daftar keluar, anda akan melihat pilihan untuk menggunakan kredit kedai anda di atas cara pembayaran. Sila ambil perhatian bahawa pilihan kredit kedai hanya muncul jika anda mempunyai kredit kedai di dalam akaun anda dan anda telah mengelog masuk dengan alamat e-mel yang betul yang berpautan dengan akaun GLAMIRA anda.

Adakah anda mempunyai katalog?

Tidak, buat masa ini kami tidak menawarkan katalog kerana anda boleh melihat dan mencipta banyak lagi kelainan produk di laman web kami. Semua reka bentuk kami dekat dengan anda seperti telefon bimbit anda.

Apakah patut saya buat jika pesanan saya tidak lepas?

Periksa yang semua ruang yang diperlukan telah diisi dengan betul. Alamat bil anda perlu dimasukkan betul-betul seperti di kenyataan bil anda. Jika anda terus mengalami kesukaran ketika membuat pesanan, Sila Hubungi Kami dengan segera.

Apakah berlian yang diakui GL?

Semua produk GLAMIRA dihantarkan bersama perakuan ketulenan. Berlian yang diakui GL menyatakan bahawa berlian yang digunakan untuk produk anda telah diperiksa dengan teliti dan dipilih oleh pakar gemologi dalaman kami. Berlian yang diakui GL dibekalkan oleh sumber beretika yang menggunakan prinsip Kimberley Process.

Apakah perbezaan antara berlian yang diakui GL dan berlian yang diakui GIA?

GIA bermaksud Institusi Gemologi Amerika Syarikat yang merupakan institut mengred berlian yang paling dikenali dan disegani di dunia. Kami menawarkan berlian yang diakui GIA dan GL. Kedua-dua perakuan menjamin ketulenan berlian yang digunakan pada produk anda. Satu-satunya perbezaan antara berlian yang diakui GIA dan berlian yang diakui GL ialah berlian yang diakui GL diberikan oleh ahli gemologi dalaman kami dan ia merupakan perkhidmatan yang termasuk dalam pembelian anda secara percuma. Perakuan GIA hanya boleh diberikan oleh GIA dan ini merupakan perkhidmatan berbayar. Sila lawati halaman Perakuan Berlian kami untuk maklumat lanjut mengenai pengredan berlian.

Adakah reka bentuk di laman web anda menunjukkan dengan tepat item yang akan saya terima?

Ya, produk anda akan sama dengan yang anda lihat di halaman produk. Sila ingat yang anda zum masuk untuk melihat butiran produk di halaman produk dan produk kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar. Sila pastikan anda memeriksa dimensi produk untuk penggambaran yang tepat.

Adakah penghasilan akan mengambil masa lebih lama jika saya menambahkan ukiran pada cincin saya?

Tidak, ukiran tidak mengubah masa penghasilan.

Adakah anda menyimpan maklumat kad kredit saya setelah membuat pesanan?

Tidak, kami tidak menyimpan. Laman web kami adalah 100% selamat dan transaksi pembayaran anda adalah tersulit. Kami tidak menyimpan nombor kad kredit dan kata laluan anda. Sila lawati Polisi Keselamatan kami untuk maklumat lanjut.

Do you save my credit card information after placing an order?

No, we don't. Our website is 100% secure and your payment transaction is encrypted. We don't store your credit card number or password. Please visit our Security Policy for further information.

Pengeposan & Penghantaran
Logam & Batu Permata
Penjagaan & Penyelenggaraan Barang Kemas
Returns
Masih Perlukan Bantuan?
Kami di sini untuk membantu anda. Jika maklumat yang anda perlukan tidak tersedia, sila hubungi kami.